loading...

DUA PENCURI LEMBU DITANGKAP

Sumber: Facebook Polis Pahang

Kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi semalam ketika anggota MPV IPD Kuantan sedang melakukan sekatan jalanraya (snap check) di jalan pintasan Chenderawasih/Kuantan dibantu anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki tempatan. Ketika menghampiri kereta itu, suspek bertindak memecut kereta melarikan diri.


Polis mengejar suspek dan mengarahkan supaya memberhentikan kereta yang dipandu laju dan berbahaya namun tidak diendahkan suspek malah menghimpit kereta polis dan terus melarikan diri menuju ke jalan Gambang.
Semasa sampai di hadapan Balai Polis Gambang, suspek bertindak merempuh sekatan jalanraya terus menuju ke arah Sri Jaya. Kereta suspek telah terbabas ke dalam longkang berhampiran ladang sawit di Jalan Belimbing. Kedua-dua suspek meninggalkan kereta dan cuba melarikan diri ke arah hutan akhirnya berjaya diberkas setelah berlaku pergelutan.
Siasatan polis mendapati suspek meminjam kereta yang dipandu dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Dua bilah pisau ditemui di bawah kerusi penumpang hadapan. Suspek mengaku terlibat dengan lapan kegiatan mencuri lembu di Bahau, Rompin, Jerantut dan Bukit Besi. Suspek ditahan reman selama tiga hari.


Ads:
loading...

Thanks for your comment