Datuk Lee Chong Wei tidak mampu meneruskan cabaran di Terbuka Jepun setelah tewas dipusingan kedua kepada seteru utamanya Lin Dan.
Ternyata keletihan turut menjadi faktor tewas tatkala terpaksa merempuh aksi 3 set semalam berdepan jaguh Thailand Boonsak Ponsana.
Walaupun kedua atlet telah mencecah umur 30an namun Lin Dan masih mampu menampilkan aksi garang bagi menundukkan Chong Wei.
Set pertama Chong Wei masih mampu menghadirkan saingan walaupun tewas 21-17 namun di set kedua ternyata milik Lin Dan apabila dengan mudah menewaskan bekas pemain no.1 dunia itu 21-10.
Kekalahan Chong Wei turut menyaksikan beregu lelaki Goh V Shem/Wee Kiong menjadi wakil tunggal negara di Jepun setelah beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Yiu Ling turut terkandas berdepan pilihan utama Zhang Nan/Zhao Yunlei.
Goh V Shem-Tan Wee Kiong menempah tempat di suku akhir Siri Super Terbuka Jepun 2015 untuk membuat perhitungan dengan pencabar dari Indonesia, Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi pada Jumaat.
Beregu utama negara itu bermula perlahan sebelum bangkit menundukkan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam tiga set 15-21, 22-20, 21-16.
Sumber: StadiumAstro
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon