Pawang Nong dan Bilal Abu |
Hang Tuah pernah berkata “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Ramai berpendapat pada hari ini cerita Hang Tuah adalah dogeng dan mitos. Namun bagi kalangan majoriti orang Melayu, Hang Tuah adalah perwira dan ikon Melayu sepanjang zaman.
Memang ada cubaan pihak pihak tertentu untuk menafikan sejarah Hang Tuah. Namun perancangan Allah SWT lebih Maha Kuasa. Akhirnya satu demi satu petunjuk diberikan ketika umat Melayu pada akhir zaman ini mulai terpecah pecah dan tidak lagi percaya lagi dengan sejarah bangsa sendiri.
Warisnya sudah ditemuinya di Pahang. Kamaruddin yang merupakan waris kepada Pawang Non menceritakan segalanya kepada seorang wartawan Utusan.
Pawang Nong adalah seorang pendekar seni silat cekak, dikatakan punyai ilmu kebal dan ilmu kalis besi. Pernah dianugerahkan pingat British Empire Medal (BEM) kerana memerangi komunis.Pawang Nong dihantar sendiri oleh Gerald Templar untuk memerangi komunis di Kampung Ulu Cheka dan kawasan sekitarnya.
Pawang Nong
|
Antara lain kehebatan Pawang Nong yang diceritakan secara lisan (rujuk blog aku anak pahang), adalah beliau dapat memagari kawasan kampung daripada penglihatan tentera Jepun.
Sehingga Jepun hanya nampak hutan sahaja. Pawang Nong pernah menjadi ketua kampung Ulu Cheka pada 1926 hingga 1976.
Satu lagi cerita menyatakan, sewaktu ditangkap oleh komunis, Pawang Nong berjaya membuka rantai tersebut dengan sekali sentap sahaja rantai itu putus. Terkejut komunis melihatnya. Kemudian anak lelaki Pawang Nong juga dikatakan memiliki kehebatan serupa.
Diberitakan anak lelaki Pawang Nong itu pernah menepuk satu meja kayu hingga hampir berkecai meja tersebut. Akhirnya komunis tidak mahu mengapa apakan Pawang Nong bila melihat kehebatan tersebut.
Satu lagi kisah menceritakan bahawa Pawang Nong juga pernah menumpaskan orang minyak yang berleluasa di sebuah kampung. Pawang Nong juga dikatakan boleh meminjam peralatan kampung untuk kegunaan bunian mengadakan kenduri keraian.
Menurut Kamarudin, Raja Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tok Baginda Demu sebenarnya berasal dari Perak kemudian datang ke Pahang untuk meneroka kampung baharu di kawasan Kuala Lipis.
Kamaruddin yang memperolehi salasilah keturunan Tok Baginda Demu daripada Persatuan Warisan Perba Jelai berkata, susur galur Tok Baginda Demu pula dikatakan berkait dengan Laksamana Hang Tuah.
Pawang Nong wira tidak didendang |
“Seri Dewi anak ketiga kepada Laksamana Hang Tuah bersama isteri pertama yang juga berdarah raja di Perak, Halimah telah berkahwin dengan Raja Mahmud yang merupakan Raja Perak dan kemudian melahirkan Raja Muhammad atau Tok Baginda Demu.
“Jadi dari situ, setelah Tok Baginda Demu datang ke Pahang dan membuka tanah di Kuala Lipis, jadi keturunannya berkembang sehingga ke beberapa lagi daerah. Ada keturunannya yang berhijrah sehingga Temerloh dan Pekan,” katanya.
Kamarudin berkata, Pawang Nong sebenarnya banyak mewarisi ilmu-ilmu tertentu daripada ibunya, Tok Bun seperti kebolehan melembutkan besi.
kampung ulu cheka |
Lokasi Kampung Ulu Cheka, yang mana dikatakan adanya waris panglima ulung Melayu, Hang Tuah. Menceritakan mengenai keturunan Pawang Nong, Kamarudin berkata arwah datuknya itu mempunyai dua isteri, yang pertama bernama Patam Mat Saman dengan dikurniakan lima anak sementara isteri kedua, Halimah telah dikurniakan tiga anak.
Katanya, hanya seorang sahaja anaknya yang kini masih hidup iaitu Seri Raakna dipercayai berusia lewat 90-an dan masih menetap di Kampung Ulu Cheka bersama-sama anak dan cucu-cucunya.
Pawang Nong telah meninggal dunia pada 10 November 1977 dan makamnya disemadikan di kawasan sekitar Masjid Kampung Ulu Cheka. Al fatihah.
Sumber: Utusan dan blog Aku Anak Pahang.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon