loading...

AMARAN: MINUMAN BERACUN TELAH DIKESAN DIJUAL SECARA BERLELUASA DI PASARAN MALAYSIA!!


Penghasilan KOPI HARAM yang dicampur kimia perngsang seks analog sildenafil dan tadalafil boleh membahayakan kesihatan. Sildenafil dan Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam rawatan kegagalan fungsi erektil bagi pesakit lelaki.

Penggunaan ubat ini tanpa pantauan doktor atau ahli farmasi boleh membawa kesan yang memudaratkan seperti pening kepala, kabur penglihatan, meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung. 

Setiap paket kopi beracun dijual pada harga agak tinggi iaitu RM5 sepeket berbanding kopi campuran biasa iaitu sekitar RM2 hingga RM2.50 sepaket.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak membeli atau menjual kopi atau minuman yang telah dikesan mengandungi bahan terlarang.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan senarai 40 kopi yang dikesan beracun dan merbahaya dalam jenis minuman segera yang dijual di pasaran.



SENARAI 40 KOPI YANG DIKESAN BERACUN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kopi berkenaan dilaporkan mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Kebanyakan kopi yang bercaun ini memaparkan paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi bahan terlarang selepas dikemaskini terakhir pada 7 Disember 2015.

Cafe Abang Yes
Candi Gold
Candy 193
Extend Up Energy Drink
Extremen
Extrewomen
Goji Guarana
Goji Guarana Extra
Goji More
Goji Yumberry
Guara Cafe
HBW Ice Lemon Tea
Hotton Vitality Candy
Ie2 O
King Cappucino
Knight Cofee
Kolek Cafe Power Plus
Kopi Angguk
Kopi Asmara
Kopi Bagus AAA
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
Kopi Pahlawan
Kopi Super Angguk
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
Maca Max
Macagin Ginseng Candy
Mentalk Candy
Nexus MXP
Night Cafe
Red Energizer Candy For Men
Royal Beverage Maqrifatun
Sasanergy Drink
Trica Jus
Tri-Max
True SR
Vigor Candy
Vitca-F
Vitca-M
Winnie Beauty V1
XKL Sky Fruit Juice Premix
Sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia 

Ads:
loading...

Thanks for your comment