loading...

TERKINI: Kenyataan Rasmi Penuh Oleh Giant Malaysia Berhubung Isu Tikus Dalam Bekas Cili Kering


KENYATAAN MEDIA
19 Oktober 2016
INSIDEN DI GIANT KUALA TERENGGANU

Pihak Pengurusan ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku di Giant Kuala Terengganu pada awal minggu ini, di mana pelanggan dan kakitangan telah melaporkan isu makhluk perosak dalam salah satu bekas yang berisi cili kering.

Keselamatan pelanggan adalah amat penting bagi pihak kami. Sejurus saja pihak kami telah dimaklumkan tentang kejadian itu, pihak kami telah melupuskan segala peralatan, bekas dan cili kering tersebut.

Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sedang mengambil segala tindakan yang diperlukan untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku lagi di mana-mana pasaraya besar kami. Dalam usaha untuk menjalankan siasatan yang lebih menyeluruh, Giant Kuala Terengganu akan ditutup pada 20 Oktober 2016 supaya penilaian selanjutnya boleh dijalankan oleh pasukan pakar kami. Tindakan ini adalah untuk langkah berjaga-jaga sahaja.

Pihak kami akan menawarkan bayaran balik sepenuhnya kepada pelanggan yang telah membeli cili kering di antara 14 Oktober sehingga 17 Oktober 2016 di pasaraya tersebut

Sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel kepada corporateaffairs@giant.com.my

Pihak Pengurusan
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd

Ads:
loading...

Thanks for your comment