‘Perasan bagus’, itulah yang mampu digelarkan pada mereka si egoistik. Sifat ego tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi kesannya boleh dirasai.
Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah orang lain.
Bila anda ada sifat ego atau rasa diri terlalu bagus, ramai yang tidak menyukai anda dan tiada siapa yang nak dekat dengan anda.
Adakah anda seorang yang ego dan bajet bagus? Ketahui tanda-tandanya di bawah ini!
Lupa diri
Mereka yang bersifat ego akan sentiasa tunjukkan diri lebih bagus dan berusaha untuk menutup kelemahan sehingga boleh lupa diri.
Taasub dengan impian
Tidak salah mempunyai impian dan cuba untuk mencapainya. Tapi, kalau dah taksub sangat sampai sanggup lakukan apa sahaja hanya kerana tidak mahu dipandang lemah, ego la tu namanya.
Bangga diri
Tanda anda seorang yang ego ialah anda selalu buat cerita untuk tunjukkan anda antara yang terbaik, sedangkan anda tahu ianya tidak benar.
Dahagakan perhatian
Tak salah kalau nak melawak atau bergurau sekali sekala. Tapi, ia hanya akan memperlihatkan diri anda seorang yang ego jika lakukan melebih-lebih. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.
Ikut kepala sendiri
Bila semuanya kena ikut kepala anda je dan tak nak terima pendapat orang lain, memang sah anda seorang yang ego dan bajet bagus. Orang macam ni memang tak ada kawan.
Perasan bagus
Ketika berbual dengan rakan, anda selalu puji diri anda sendiri seperti fizikal dan penampilan. Ini membuktikan anda membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Memang tak ada sapa nak rapat dengan anda nanti.
Penting diri sendiri
Apabila anda tidak menjaga perasaan orang lain dan hanya penting perasaan sendiri sahaja, itu menunjukkan anda seorang yang ego. Cuba letakkan diri anda di tempat orang tersebut, mesti anda rasa sakit juga kan!
SUMBER
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon