loading...

Mana fakta KKM??? Malas buat kajian ke apa??? Persoal Afdlin Shauki

Afdlin Shauki Aksan, pengarah dan pelawak terkenal yang menggunakan vape dalam usahanya berhenti merokok,meluahkan perasaannya beberapa jam selepas serbuan ke atas kedai-kedai rokok elektronik. — Foto ehsan Facebook/Afdlin Shauki
KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pengguna rokok elektronik, atau vape, meluahkan perasaan kecewa dan geram mereka susulan tindakan terbaru Kementerian Kesihatan semalam yang merampas cecair berperisa nikotin dari kedai-kedai peniaga vape.

Pengarah dan pelakon tersohor Afdlin Shauki Aksan, yang menggunakan vape dalam usahanya berhenti merokok, termasuk yang meluahkan perasaannya beberapa jam selepas serbuan dan rampasan tersebut.

“Saya tertanya-tanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dari mana fakta anda? Daripada syarikat rokok? Fakta kau orang datang daripada mana? Dan kenapa tidak ada budi bicara dan perbincangan sebelum tindakan?” katanya di laman Facebook.

“Awak sekarang hendak bekas perokok jadi perokok balik ke? Sedangkan rokok 95 peratus lebih berbahaya daripada vape? Malas buat kajian ke apa?”

Just wondering KKM, where are your facts coming from? The cigarette companies?... Fakta korang datang dari mana? Dan...

KKM menjalankan serbuan dan merampas cecair vape di beberapa lokasi di Selangor. Seorang peniaga memberitahu ProjekMMO semalam ada peniaga yang mengalami kerugian hingga RM200,000 akibat operasi tersebut.

Afdlin Shauki juga mempertikaikan tindakan tersebut yang dilihatnya memilih-milih dan tidak konsisten.

“Kalau nikotin menjadi isu kenapa tidak haramkan rokok? Kenapa tidak haramkan pelekat bernikotin, kenapa tidak haramkan sayur-sayuran yang ada nikotin seperti tomato, terung dan banyak lagi?” katanya.

Dengan menunjukkan satu rakaman video stesen penyiaran terkenal BBC, pelawak itu berkata: “Menggunakan vape satu amalan yang pastinya mengurangkan mudarat, demikian menurut ramai ahli sains dan doktor di serata dunia. Sila tonton pendedahan BBC ini.”

Afdlin Shauki sebelum ini pernah berkempen melalui rakaman video agar pengguna vape bersatu menyokong memorandum di laman Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (MOVE) untuk memperkenalkan peraturan kegiatan rokok elektronik.

Dalam mesej selama 75 saat itu, beliau percaya vape tidak sama dengan rokok dan malah, berdasarkan pengalamannya sendiri, penggunaan vape berkesan untuk berhenti merokok.

Sumber dan kredit: themalaymailonline.com

Ads:
loading...

Thanks for your comment