loading...

Masih ramai yang tidak tahu tentang profesion Penolong Pegawai Perubatan. Ini penjelasannya yang mudah..


Sekali pandang kepada gambar berikut berapa orang yang tahu tugas atau peranan si jejaka hensem ini? Kalau si sumandak tu, pasti semua orang tahu... itu lah Jururawat. Tapi pasti ramai yang tidak tahu apa jawatan si jejaka ini, sering kali mereka dipanggil nurse juga. Sebenarnya ini lah Penolong Pegawai Perubatan yang dulunya dikenali sebagai Medical Assistant.

Saya tidak tahu lebih detail tentang sejarah PPP ini tetapi apa yang saya dengar, PPP sebenarnya membangun seiring dengan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Tugas PPP ini sudah wujud sebelum merdeka lagi ketika itu mereka di kenali sebagai Hospital Assistant. Sebelum wujudnya tugas tugas seperti Juruteknologi makmal perubatan, Pembantu Pembedahan pergigian, Penolong Pegawai Farmasi, dana beberapa lagi jawatan yang kini telah diwujudkan dalam Kementerian Kesihatan, PPP la yang bertanggungjawab untuk membantu dalam setiap tugas tugas tersebut.

Kisah yang paling seronok untuk didengari adalah kisah para PPP yang ditugaskan untuk bertugas di klinik-klinik di luar bandar. Pada zaman Negara ini baru mahu membangun dengan banyak lagi kawasan luar bandar yang boleh diibaratkan sebagai hutan dan keadaan klinik klinik kesihatan tersebut yang serba kekurangan ditambah lagi dengan anggota yang sedikit. Tugas sebagai PPP ketika itu sangat mencabar hinggakan jawatan ini dikhaskan hanya untuk golongan lelaki pada ketika itu.

Ada antara mereka yang bercerita, dalam satu klinik cuma ada 2 orang anggota. Dalam situasi itu PPP la segala-galanya dia la Doktor, dia la jururawat dia la farmasi malah jika ada orang kampung yang terpaksa bersalin, PPP juga la yang akan jadi bidannya.

Jika dilihat kepada syllabus pembelajaran PPP iaitu latihan yang diberikan sebelum mereka boleh berkhidmat kepada umum. Mereka juga belajar mengenai perubatan, belajar mengenai ubat, belajar mengenai anatomy. Malangnya tidak seperti pelatih Maktab Perguruan yang kini telah diubah system latihannya hingga bila mereka tamat pengajian, mereka sudah pasti akan menggenggam segulung ijazah. PPP pula perlu bijak memilih hala tuju sendiri kerana bagi PPP diploma yang mereka pegang adalah Diploma Pembantu Perubatan, malangnya Ijazah Pembantu Perubatan tidak wujud. Malah diploma ini tidak boleh diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan atau kesihatan. Ringkasnya... tidak seperti guru, PPP tidak akan sekali-kali boleh menjadi seorang Doktor. Namun seorang PPP masih boleh melanjutkan pelajaran, tetapi sudah pasti PPP perlu berdikari sendiri untuk mencari mana-mana Ijazah yang berkaitan.

P/S Pengarah filem pertama di Malaysia yang mengiktiraf kewujudan PPP di dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah Mamat Khalid. Kali pertama saya melihat watak seorang PPP dilakonkan di dalam filem adalah dalam Filem Zombi Kampung Pisang arahan beliau.

Ads:
loading...

Thanks for your comment