loading...

DIVIDEN ASB 7.25% SIKIT SANGAT? JOM UBAH JADI 22%

DIVIDEN ASB 7.25% SIKIT SANGAT? JOM UBAH JADI 22%!



Kita ni memang susah nak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Manusia. Biasalah. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

Dah dapat kerja gaji RM2,000 kita jeles dengan kawan sekuliah kita yang graduate sama-sama dapat gaji RM3,000. Kita dah beli kereta Myvi, tapi bila dapat tahu kawan kita tu pakai Honda City, kita jadi jeles lagi.

Padahal, kita patut bersyukur sebab hutang kereta kita sikit ja. Sebulan bayar RM400. Kawan kita tu bayar RM900 sebulan. Uisshh.. ruginya. Nampak tak? Positif kan?

Jeles itu bagus, supaya kita jadi lebih bersemangat nak jadi lebih baik. Kalau jeles, tapi tak buat apa-apa tindakan, baik tak payah.

Kita ni susah nak bersyukur. Dah dapat dividen ASB 7.25%, tak cukup katanya. Mari sini saya kongsikan cara nak ubah pulangannya menjadi 22%.

Sebagai contoh, sekarang ni kita ada modal sebanyak RM13,200.

SIMPAN BIASA DI ASB

Jika kita simpan sendiri di ASB dengan dividen @7.25%, dan dividen tidak dikeluarkan setiap tahun, hasilnya anda akan dapat tunai sebanyak RM18,700.

Modal = RM13,200
Hasil Tunai = RM18,700
Untung = RM5,500 @7.25% (Rujuk Gambar)

Menunggu 5 tahun hanya untuk mendapatkan untung RM5,500 sangatlah tak berbaloi dengan masa yang berlalu. Lama wei 5 tahun, boleh habis degree dan master.

MELABUR DENGAN ASB FINANCING

Mohon ASB Financing (Islamic) RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun, dividen @7.25 dan keuntungan bank @5.2%. Ansuran bulanan adalah RM1100.

Guna RM13,200 untuk bayar ansuran bulanan selama setahun. Manakala ansuran tahun-tahun berikutnya dibayar oleh dividen yang diperoleh.

☑️ Dividen = RM200,000 x 7.25% = RM14,500

☑️ Baki Dividen = RM14,500 - RM13,200 = RM1,300

Terminate selepas cukup 5 tahun, baki pembiayaan pada waktu tu adalah RM184,000.

☑️ Prinsipal terkumpul = RM200,000 - RM184,000 = RM16,000

☑️ Dividen Terakhir = RM14,500

☑️ Baki Dividen 4 Tahun = RM1,300 x 4 = RM5,200

Modal = RM13,200
Hasil Tunai = RM16,000 + RM14,500 + RM5,200 = RM35,700
Untung = RM22,500 @22% (Rujuk Gambar)

Untung RM22,500 selama 5 tahun sambil goyang kaki. Okaylah kan? Kalau kita bahagikan dengan 60 bulan, seolah-olah orang bagi kita RM375 setiap bulan selama 5 tahun.

ADA ILMU, BOLEH JADI.


Jika ada ilmu, dividen 7.25% pun kita boleh ubah jadi 22%. Untungnya hampir 4 kali ganda. Ini adalah salah satu teknik asas untuk melabur dengan ASB Financing.

Seperti biasa, ini adalah kiraan kasar ja. Jangan lurus bendul. Tak mampu buat RM200,000, buat RM100,000 pun boleh. Tak ada modal RM13,200, kalau ada RM6,600 pun takpa.

Tetapkan matlamat, buat pengiraan sendiri dan terus ambil tindakan. Jangan ikut-ikut orang. Matlamat kita semua tak sama. Belajarlah lebih lagi, tambah bahan bacaan dan rujukan. InsyaAllah, nak dapat 30% pun boleh dengan ASB Financing.

Tapi tulah. Tak semua orang rajin belajar. Lagi-lagi subjek Matematik. Nasib baik subjek Matematik ni memang subjek feveret saya sejak di bangku sekolah rendah. Haha. - HF

‪#‎harithfaisal‬

SHARE jika bermanfaat.
KREDIT: FB Harith Faisal







Ads:
loading...

Thanks for your comment