loading...

Sedikit Tips PENTING Untuk Ibu Bapa dan Bakal Pengantin (WAJIB BACA SIAPA NAK KAHWIN)



Some tips untuk ibubapa dan bakal pengantin:

1. Majlis bertunang.

Selepas pengenalan dan pantun lebih kurang:
Ketika ini syarat syarat pertunangan dan seterusnya pernikahan akan di nyatakan dan dibincangkan oleh wakil keluarga kedua belah pihak

- tempoh bertunang
- tentative tarikh perkahwinan
- mas kahwin
- hantaran dan hadiah lain.

Ada juga yg akan menyebut bab hantaran akan dibincang kemudian, supaya tidak kelihatan menunjuk nunjuk nilai hantaran atau pun tidak mahu ianya menjadi issue semasa majlis pertunangan.
Selalunya nilai hantaran telah pun dipersetujui lebih awal sebelum masuk meminang lagi.(merisik and what not).

Kalau tidak pun bapa kedua belah pihak akan berbincang kemudian dan akan bersetuju kemudian hari well before tarikh nikah.

Pihak lelaki wajib commit to a specific figure kalaupun pihak perempuan kata terpulang lah seikhlas hati. Kita tidak mahu salah faham semasa majlis nikah nanti.

2. Majlis Pernikahan


Semua documentation mestilah terlebih dahulu disiapkan di PAID dan jurunikah.
- beberapa dulang hantaran disediakan
- cincin atau perhiasan lain yg diminta
- mas kahwin
- wang hantaran atau Cheque atau proof of payment.

It must be noted selalunya wakil atau waris2 pihak perempuan akan agak picky berkenaan dengan hantaran dan perjanjian yang di persetujui semasa bertunang. Jadi adalah menjadi tanggungjawab pihak lelaki memastikan semuanya in order.

Jurunikah juga akan merekodkan semua itu di dalam borang nikahnya.

Untuk mengelak salah faham, ibubapa pengantin perempuan hendak lah berterus terang dengan waris2 lain tentang apa jua persetujuan bersama yang telah diambil dengan pihak lelaki.

Things can be ugly semasa majlis hanya kerana salah faham.

Hal nikah kahwin bukan lah hal yg boleh di ambil mudah.

Its about commitment and seriousness dalam menyatukan dua buah keluarga. Dan bukan nya medan untuk menunjuk samseng.

Sekian pesanan dari saya yang pernah melalui pengalaman menikahkan seorang anak, seorang lagi anak bertunang, menjadi wakil jurucakap majlis pertunangan anak saudara, dan saksi nikah untuk 2 anak saudara.

Kredit: FB Yaakob Osman

Ads:
loading...

Thanks for your comment