loading...

TIDAK ADA DOKTOR YANG MAHU PESAKITNYA MATI

TIDAK ADA DOKTOR YANG MAHU PESAKITNYA MATI


Seorang saudara sepupu saya diberitahu sakit teruk dan saya ziarahi dirumah.Dia kena strok dan ada pendarahan dalam kepala.Doktor di hospital minta nak buat pembedahan di kepala utk buang darah beku,tetapi anak anak tidak benarkan dan mereka membawa balik emak mereka ke rumah.Bila saya tanya sebab apa tak benarkan,mereka hanya jawab merbahaya,tetapi bawa balik ke rumah dan tidak melakukan apa usaha lagi merbahaya bahkan seperti menanti mati.Kesian saya lihat wajah tua itu yg sudah tidak boleh bercakap,tapi boleh menggerak beberapa anggota,seperti mengharap sesuatu dilakukan untuk mengubatinya,tetapi anak anak hanya berupaya menyapu air dikepala.Keputusan yg nampak macam baik,nampak macam sayang kpd emak tetapi hakikatnya seperti membiar emak menunggu mati,seperti orang yg berputus asa dlm ikhtiar.Akhirnya wajah tua itu kembali ke rahmatullah.

Semasa menjadi pengetua dulu,ada seorang guru perempuan terkena kanser payudara.Bila saya berbincang hak penyakitnya,dia mengatakan doktor nasihatkan supaya dibuat pembedahan dan membuang payudara untuk langkah menyelamat nyawa.Tetapi suaminya membantah dan akhirnya balik ke rumah berubat secara tradisi.Betapa tersiksanya menahan sakit hingga setahun dan akhirnya meninggal.Sebaliknya,ada tiga orang guru saya lagi yg terkena kanser payudara dan kanser hidung terus hidup hari ini kerana melakukan pembedahan dan mengikut nasihat doktor.

Apa yg nak saya sebutkan disini ialah,kita kena serahkan sesuatu kpd yg ahli,itu fahaman hadis nabi.Jika hal perubatan,serahkan kpd doktor,kpd pakar kerana mereka di beri Allah ilmu perubatan yg tiada kpd kita.Biarkan mereka berusaha walau apa cara,nak belah kepsla,nak potong sana sini,hakikatnya untuk menyelamatkan.Mana ada doktor mahu pesakitnya mati.Jika kita menjauhkan diri dari nasihat doktor itu maknanya kita yg mencari mati.Mungkin ada orang berkata,nak berubat cara alternatif,tetapi lihatlah rekod terdahulu yg nyata,jangan ikut dengar cerita shj kerana penjual ubat akan bercerita kebaikan ubatnya,seorang bomoh akan bercerita rekodnya yg baik shj.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang bukan ahlinya maka kehancuranlah yang akan datang.” (HR. Imam Muslim no. 59)

Dalam kontek perbincangan ini,sebaiknyalah kita menyerah hal sakit demam pada ahlinya,yg berilmu dengannya.Utk jd doktor,belajar bertahun,merantau ke cerok dunia,bukan buka kitab tajul muluk,terus mengaku pandai berubat itu ini.

Seorang penceramah agak terkenal yg mengidap kencing manis dan reput kakinya,bila saya ziarahi berkata dia nak mati bersama anggota yg lengkap,tak mahu dipotong kakinya.Allah maha kuasa,dia merana berbulan tidak mati,akhirnya mengalah dan membenar kaki dipotong.Dia hidup hingga hari ini dikerusi roda dan boleh bercakap lagi dimerata tempat untuk berdakwah.Jadi jangan berputus asa utk berikhtiar.

Bila ditimpa penyakit,bila kita terpaksa cacat anggota,terimalah hakikat tuhan mengambil kembali sebahagian anggota yg dianugerahkannya.Ada orang diambil anggota,ada orang diambil ruang hidup seperti saya yg terpaksa berulang dailisis 3 kali seminggu setiap kali 4 jam,ada orang dihalang dari makan minum sebahagian nikmat tuhan dsnya.Jangan berhenti berikhtiar menunggu mati.Jika kita bimbang pembedahan menyebabkan kematian,ingatlah mati itu ditangan tuhan,bila,cara bagaimana semuanya ditentu tuhan.Bukan doktor yg menyebab seseorang mati,tetapi Allah yg menghendaki sedemikian.Jika kematian berlaku kerana usaha doktor,kita tidak disabitkan sebagai hamba yg berputus asa,yg menunggu mati.Kecuali jika doktor telah habis usaha,habis ikhtiar dan menyuruh dibawa balik,seperti pesakit yg mati otaknya,maka disitu kita bertawakkal kpd Allah.Menyaman doktor kerana pesakit mati,saya rasa kena fikir banyak kali bagi yg muslim kerana hakikatnya Allah yg menentukan kematian.

Janganlah berlaku setelah seumur hidup beribadat,akhirnya kita melakukan kesilapan berputus asa dari bersaha dan berikhtiar setelah Allah memberi ujian.Jangan tersalah aqidah bila meletakkan mati kerana manusia,Allah telah tegaskan ajal maut,jodoh pertmuan di tanganNya..Itu satu dosa dan ditipu oleh syaitan disaat genting.Wallahu a'lam.abdghaniharon

Tulisan ini ditulis untuk menghargai khidmat para doktor.

Ads:
loading...

Thanks for your comment