Pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Icha berusia 25 tahun itu didapati meninggalkan rumah majikannya kira-kira 1 petang dengan membawa sebuah beg pakaian selain melarikan wang tunai serta cincin perkahwinan majikannya.
Ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah berkenaan malah pembantu rumah terbabit meninggalkan bayi itu di atas sofa sebelum dia melarikan diri.
Bagaimanapun, sebelum beredar dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada adik majikannya dengan memberitahu bayi berkenaan berada di dalam bilik.
Ibu bayi berkenaan, Farah Mustapa, 28, berkata, dia menerima SMS daripada adiknya kira-kira 1.30 petang sebelum meminta suaminya, Mohd Khairi Khalid, 36, pulang ke rumah.
Katanya, sejurus suaminya tiba di rumah dia melihat bayi perempuan mereka Ayyra Mohd Khairi tidur di sofa ruang tamu rumah.
"Suami kemudiannya mencari pembantu rumah kami dan selepas masuk ke dalam biliknya, suami dapati pakaiannya sudah tiada selain wang tunai dan beg serta cincin perkahwinan kami hilang.
"Kami memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah kami dan mendapati dia membawa beg keluar dari kawasan rumah pada jam 1.17 petang," katanya.
Berikutan kejadian itu mereka membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran, malam tadi. -Harian Metro
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon