Teringat saya pada satu masa bertugas di wad infectious disease (penyakit berjangkit), ada seorang lelaki berusia awal 23 tahun, tegap badanya dan kali ini dimasukkan ke wad akibat batuk berdarah. Kami buat X-ray paru-paru dan kelihatan 1 per 3 daripada paru-paru kanan dia dipenuhi air/nanah. Batuk berdarah pun sudah 3-4 bulan, dan beliau juga duduk dengan kawan serumah yang menghidapi sakit TB (Batuk kering). Melihat pesakit berkenaan, berseluar pendek dan memakai baju hospital, dan kelihatan seolah-olah tidak sakit langsung
Namun, ujian darahnya sangat menunjukkan ada jangkitan kuman beserta X-raynya. Kami hantar sampel kahaknya 3 kali untuyk kuman TB, negatif. Namun kena ingat, xsemestinya negative bermaksud tiada, tetapi KEMUNGKINAN TIADA TB. Macam di laut, banyakkan ikan, jika kita ambil sebaldi air laut berkenaan, xsemestinya ada ikan didalamnya. begitulah perumpamaan diberikan. Kami membuat plan untuk mengambil sampel air di paru-paru kanan dia, untuk melihat apakah yang menyebabkan pengumpulan air tersebut.
Masuk hari keempat antibiotik, saya didatangi kedua-dua ibu bapa dia, mengatakan ingin membawa pulang pesakit kerana mereka dah consult seorang bomoh, dan diagnosis bomoh tersebut adalah Haemoptysis secondary to Santau. Beliau juga ingin mencuba perubtan Islam daripada Darus Syifa di Alor Setar. Saya cuba pujuk psakit tersebut, ialah, sekurang-kuranya antibiotic perlu diberi selama tujuh hari, dan dalam kes ini, ada beberapa keputusan darah yang masih tidak keluar. Masih ada kemungkinan pesakit ada TB dan ubat untuk TB akan kami mulakan once keputusan dah keluar. Mereka berkeras juga mahu pulang, tetapi, pada waktu itu sudah petang, saya memaksa mereka untuk duduk sebentar selama satu hari, dan esok berbincang dengan pakar terlebih dahulu. Mereka setuju.
Esoknya saya round pagi bersama MO saya. MO saya itu warak orangnya, atau sekurang-kurangnya lebh warak daripada sayalah, yg berperangai xberapa senonoh ini. MO tersebut bertanya sekali lagi apakah yang menyebabkan dia ingin balik, dan jawapan yang diberian adalah ingin mendapatkan rawatan Islam. Terus MO saya berkata "Ish, rawatan islam xsemestinya kena pergi Darus Syifa, kita sendiri pun boleh buat. Kita cuma minta doa banyak2, baca Al-Quran dan solat taubat banyak-banyak di wad ni, sementara kami tersukan dengan rawatan kami. Ini saya tengik, sejadah pun xde, Quran jauh sekali ada dalam bilik ni? Encik sembahyang atau tidak sejak masuk wad", diam sahaja pesakit berkenaan.
"Berjumpa ustaz adalah untuk kita meminta mereka yang lebih alim, dan doa mereka selalunya lagi mustajab daripada orang biasa, tetapi mengapa kita perlukan pengantara sedangkan kita sendiri boleh meminta doa, membaca yassin di air, selawat dan minum, sama ja. Ini encik, duduk sini pun pakai boxer ja, apa pun xbuat, sekurang-kurangya teruskan ubat kami dulu:....Ambik kau, bukan sahaja pesakit tersebut yang terasa, saya juga terasa betapa pedasnya ayat MO berkenaan. Terasa menusuk di dada, nasib xpengsan.
Hari keenam dan ketujuh, pesakit bertambah restless. Nampak muka saya sahaja terus buat muka 20 sen. Ambik darah pun xbagi, ubat pun dah xnak makan, seboleh2 nak balik. Ibu bapanya juga insist nak bawa balik. Akhirnya kami akur, yalah, ikut undang-undang, pesakit mempunyai hak untuk balik dengan menandatangani surat DAMA/AOR (Discharge against medical advice/At Own Risk). Round semula dengan pakar kami, kali ni alasan nak balik bertukar, tadinya nak cari perubatan islam, kini nak cari bomoh siam pula. Sudah, MO saya pun terkedu, xtahu nak cakap apa. Ilmu bomoh siam xde lah pulak dalam syllabus pengajian perubatan. Xpelah, pakar saya pun bagi balik, lagipun tidak berguna duduk di wad kalau ubat tak makan dsb. Risiko kegagalan bernafas, kematian, atau sepsis diterangkan berkali2, dan pesakit faham, kemudiannya diberi discaj. Kami juga pesan untuk ambil antibiotic di farmasi dan sekurang2nya makan lah antibiotic tersebut.
3 minggu kemudian, pesakit masuk ke wad kembali di Zon merah (bukan zon hijau ya - zon hijau ialah tempat yang anda bayar RM1 keran demam 40 darjah celcius di HSI) Kali ini dengan sepsis, iaitu kuman telahpun melarat ke seluruh badan. Buah pinggang, hati juga sudah mula menunjukkan tanda2 gagal berfungsi. Tiub dimasukkan ke paru-paru, dan memerlukan alat bantuan pernafasan/ventilator. Saya tanya bapanya, mereka admit tidak langusng ambil ubat yang kami beri semasa discaj, alasanya terlalu ramai orang. Pesakit kritikal di ICU, dan sehingga sekarang masih ada di ICU lagi.
Apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah keengganan pesakit untuk duduk di wad walaupun telah dipesan ribuan kali tentang risikonya. Kita bermain dengan nyawa, xkan anda merisikokan nyawa anda dan kesihatan anda hanya semata-mata kerana anda malas menunggu untuk mengambil ubat. Saya faham, pesakit memang ramai, namun apa yang kami boleh buat? tiada apa. Bukanlah saya kata di sini sekiranya beliau duduk di wad, beliau akan pulih, itu semua kuasa Allah. Namun at least kita berusaha melakukan sesuatu untuk mengubati pesakit.
Saya menghormati perubatan Islam, jika anda insist juga mahuikan mereka merawat, boleh sahaja. Ada saya lihat ustaz tersebut boleh datang kehospital dan merawat, dan at the same time, kami tersukan juga dengan rawatan kami. Dulu di HUSM semasa saya pelajar lagi, ada pesakit yang kena pneumonia (jangkitan paru-paru), sambil pesakit di wad, ada bomoh datang membawa sebiji bola kaca dan diurut-urutkan atas dada pesakit, tetapi yang bagusnya, kami teruskan juga antibiotic dan alhamdulillah pesakit tersebut sihat dan boleh discaj. Pakar kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada bomoh tersebut keran jika tiada bola kaca tersebut, mungkin pesakit tidak dapat diselamatkan, i mean sarcastically.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon