loading...

PA Rosmah Mansor: Facebook mesti diharamkan di Malaysia segera




Pembantu peribadi Rosmah Mansor, Rizal Mansor dalam posting Facebooknya pada 21 Ogos 2015 yang lepas menyeru Putrajaya agar mengharamkan penggunaan Facebook di Malaysia yang katanya hanya menyumbang kepada kebencian dan penipuan.

Beliau menambah yang media sosial merupakan ancaman kepada keselamatan nasional kerana rakyat menyalahgunakannya untuk menyebarkan hasutan dan fitnah.

"Media sosial sepatutnya menjadikan kita semakin rapat tetapi hakikatnya kini, ia digunakan untuk menyebarkan kebencian sesama kaum, fitnah, hasutan dan lain-lain.. Ini boleh menghancurkan bangsa dan negara", kata beliau.

Komen dari PA Rosmah ini susulan daripada pengumuman Perdana Menteri berkenaan rancangan kerajaan untuk mematuhi standard antarabangsa untuk menguatkuasa undang-undang berkenaan Internet untuk mengurangkan jenayah hasutan berleluasa.

Namun, Perdana Menteri menengaskan bahawa tiada sekatan akan dilakukan kepada kebebasan media sosial. 


Ads:
loading...

Thanks for your comment