loading...

Paru-Paru Berair, Demam Campak dan Resdung - Tanya Doktor

Artikel ini asalnya dikongsikan oleh Dr. Khairul Hafidz Alkhair di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di Malaysia.



Di dalam pemerhatian saya, terdapat beberapa istilah-istilah masyarakat berkaitan dengan penyakit yang akhirnya membawa kekeliruan kepada mereka sendiri.

Sebagai contoh, paru-paru berair, masyarakat fikir jangkitan paru-paru adalah paru-paru berair. Sebenarnya, ada beza PARU-PARU BERAIR dengan RADANG PARU-PARU. Bagi saya, radang-radang paru adalah pneumonia, dan paru-paru berair boleh jadi pleural effusion ataupun pulmonary edema. Jadi apabila masyarakat mahu guna istilah paru-paru berair, rakyat kena tahu ianya bukan istilah untuk jangkitan paru-paru, istilah yang lebih tepat adalah radang paru-paru.
Begitu juga resdung, masyarakat salah istilah antara SINUSITIS dengan ALLERGIC RHINITIS. Bila dikatakan resdung ianya adalah sinusitis, tapi banyak yang mempunyai penyakit allergic rhinitis juga menganggap mereka juga adalah pesakit resdung. Keduanya punya penyebab dan patophisiologi yang berbeza, rawatan juga berbeza.




Satu lagi, demam campak, masih ada yang keliru antara MEASLES (rubeola) dan CHICKEN POX (varisella zoster). Masyarakat ada yang salah faham chicken pox adalah demam campak, padahal istilah sebenar chicken pox adalah cacar air atau cengkering. Natijahnya, apabila chicken pox dianggap demam campak, dan bila didengar oleh orang lain yang tahu maksudnya, akhirnya mereka menganggap campak (measles) yang perlu divaksin mula menular kembali dan ini akan menimbulkan panik di kalangan masyarakat.



Ini antara kekeliruan istilah yang perlu diperbetulkan di dalam masyarakat. Sudah pasti kami sebagai staf perubatan perlu lebih proaktif untuk membetulkan kekeliruan ini, dan tugas masyarakat, menyebarkan istilah yang benar kepada orang yang mereka kenal.


Memandang ke depan, satu hari nanti, yang saya ingin dengar, apabila saya berjumpa pesakit, mereka akan guna istilah medik atau jargon medikal yang betul, bukan resdung tapi sinusitis, bukan chicken pox tapi varisella zoster, itu sudah cukup buat saya bahagia.

Ads:
loading...

Thanks for your comment