Kisah ini asalnya dikongsikan di Facebook Page KRT oleh Nama Dirahsiakan.
Salam admin.
Saya ibu kepada 2 orang anak. Dah berkahwin selama 8 tahun. Masalah saya adalah perempuan ketiga. Semuanya bermula bila suami saya sambung pengajian di universiti. Dia kenal dengan sorang budak perempuan dlm kelas dia. Saya panggil budak sebab memang budak lagi. Muda 10 tahun daripada kami (saya dan suami sebaya).
Dia mula main cinta dengan budak ni. Kantoi sebab saya nampak whatsapp dia dengan budak tu yang dia email and simpan dalam laptop dia. Saya baca dari awal whatsapp. Suami tegur budak tu dulu. Tanya pasal assignment dan kerja-kerja lecturer bagi. Memang soalan biasa antara classmate. Sampailah satu tahap suami tanya benda2 peribadi. 'You sihat ke?' 'You dah makan ke'. Dan budak tu respon. Makin lama makin rapat. Lama-lama sampai bersayang sayang. Dan bila saya teruskan baca, sampai ke satu cerita yang mana suami saya mengaku dia bujang! Dia cakap dia belum makan, mintak budak tu masakkan untuk dia. Katanya biasalah orang bujang, asyik kena makan kat kedai je. Tak seronok. Macam-macam lagi ler. Memang budak tu percaya bulat2! Dan memang dia ditipu hidup2 oleh suami.
Saya yang pada mulanya marah dengan budak ni langsung kesian. So saya ambik keputusan untuk jumpa dia. Saya contact budak tu dan bagitau dia saya isteri kepada cinta hati dia tu. Mati-mati dia tak percaya. Katanya saya sengaja reka cerita sebab nak rampas boyfriend dia. Jadi saya ajak dia jumpa untuk saya buktikan. Dia setuju dan kami jumpa. Diakui budak tu memang lawa. Bijakdan belajar tinggi. Pandai bergaya. Memang kalah lah saya ni yang belajar tak tinggi dan sekadar suri rumah je. Saya tunjuk semua bukti saya ni isteri kepada suami. Menangis dia. Sebab dia kata dia dah sayang sangat dengan suami. Dan suami pun ada bagitau dia yang suami nak masuk meminang dia dalam hujung tahun ni. Saya langsung kesian sebab memang bukan salah dia. Sampai saya terfikir nak je jodohkan dia dengan suami. Saya memang perasan la sejak suami sambung belajar dia happy semacam. Sentiasa senyum, ceria. Jarang stress macam dulu-dulu. Jadi saya rasa memang patutlah saya bagi suami nikah je dengan dia untuk kebahagiaan suami. Biarlah saya terluka asalkan suami bahagia. Lepas jumpa budak tu, saya balik dan bagitau suami. Saya bagitau jugak suami yang saya izinkan dia kahwin dengan budak tu kalau betul dia nak. Saya cakap dengan suami saya izinkan sebab saya kesiankan budak tu. Lagipun secara fizikal memang suami mampu pun. Tapi saya warning suami, kalau ada orang buat macamtu dengan anak dia, padan muka dia. Suami mintak maaf dengan saya dan dia kata memang dia ada niat nak kahwin dengan budak tu. Bukan nak main-main.
Ingatkan bila macamtu masalah dah selesai. Rupa-rupanya tak. Suami kena reject dengan budak tu pulak. Katanya dia tak nak kahwin dengan suami sebab suami tipu dia, dan sebab dia taknak poligami. Budak tu putuskan hubungan dengan suami. Suami memang frust menonggeng. Terus berubah jadi murung, pemarah dan panas baran. Selama ni walaupun dia main kayu tiga belakang saya, suami memang tak pernah tinggi suara pada saya dan anak-anak. Kalau dia marah sangat, dia akan diam dan keluar dari rumah. Itu perangai suami. Tapi lepas dia kena reject tu, langsung jadi pemarah dan panas baran. Selalu menengking saya dan anak-anak. Benda kecik pun jadi besar. Sampai ada sekali tu dia nyaris naik tangan dekat saya. Tambah lagi beban, budak tu whatapps saya suruh saya jaga dan jauhkan suami daripada dia. Katanya dia rimas dan jadi takde hati nak ke kelas sebab suami asyik merayu dekat dia. Suami memang frust sangat saya tengok. Taknak makan, tidur malam pun tak lena. Sikit-sikit terjaga. Yang paling tak boleh terima, saya pernah nampak dia termenung, menangis dalam kereta sorang-sorang. Allah..... untuk saya pun dia tak pernah menangis tapi untuk budak tu sampai merana jadinya. Tak penting langsung saya ni dalam hidup suami agaknya.
Saya ajak budak tu jumpa lagi sekali bila saya tak tahan sangat tengok keadaan suami. Saya bagitau dia apa yang jadi dekat suami. Dan saya tanya, dia tak kesian ke suami jadi macamtu. Saya pulak dimarahnya balik. Katanya sebab saya tak pandai jaga laki lah suami saya keluar cari perempuan lain. Siap menipu lagi. Dia kata dia merana sangat bila tau suami saya tipu dia dan dia terpaksa undur diri. Dia kata saya ni tak fikir perasaan dia yang terpaksa undur diri. Dia kata saya risaukan suami yang merana, tapi tak fikirkan dia pun merana. Katanya saya ni tak sensitif langsung kepada dia sampai datang jumpa dia. Padahal dia dah cuba sedaya upaya lupakan suami tapi saya mengingatkan dia pada suami. Fine lah memang mungkin saya salah sebab jumpa dia. Tapi saya ni nak betulkan keadaan.
Rupa-rupanya lepas dia mintak putus dengan suami, suami buruk-burukkan saya dekat dia. Kata suami dekat dia, saya ni tak pandai menjaga dan melayan dia. Sebabtu suami mengaku bujang dan nak berkenalan rapat dengan dia. Sebab suami rasa dia lagi bagus daripada saya. Budak ni pun dalam dah kena tipu dengan suami tu percaya pulak apa yang suami cerita pasal saya. Sempat pulak budak tu sekolahkan saya tentang apa yang suami suka dan tak suka. Ya saya akui, apa yang suami tak suka tu memang benda2 yang saya buat. Tapi suami tak pernah cakap kat saya apa-apa jadi saya ingatkan dia tak kisah. Mendengar benda tu dari mulut perempuan lain dengan penuh sinis memang menyakitkan hati. Rasa tercalar sangat maruah saya sebagai isteri. Dahlah suami berubah sikap. Bekas kekasih dia tu pulak mengata saya macamtu. Sudahnya saya cakap dengan budak tu, kalau saya dan suami bercerai dia akan terima suami tak? Dia kata tak. Sebab dia memang tak boleh terima suami tipu dia.
Saya dah jadi bingung sekarang ni. Apa yang saya buat semua tak kena. Dengan berat hati saya izinkan poligami, suami kena reject pulak. Bila saya nak undur diri pun suami tetap kena reject. Tapi suami dah frust sangat sampai berubah sikap. Jujur saya cakap, keluarga saya lagi bahagia masa suami bercinta daripada masa suami dah putus ni. Sekarang ni saya rasa tersepit. Tak tau nak guna alternatif apa lagi. Ada cadangan? Saya memang tak nak kehilangan suami. Tapi saya tak sanggup tengok suami yang macam zombi. Saya sanggup tolak tepi hati dan perasaan saya asalkan suami happy. Sebab bila suami happy, anak-anak pun happy. Untuk seorang isteri dan ibu macam saya ni, takde apa yang lagi penting daripada kebahagiaan suami dan anak-anak.
Saya boleh perbaiki diri, ikut apa yang suami nak. Kalau susah pun saya akan usaha sebab saya memang sayangkan dia. Anak-anak saya pun sayangkan dia. Mak ayah saya serta adik beradik saya semua senang, selesa dengan dia. Keluarga mentua termasuk ipar duai semuanya baik-baik belaka (keluarga sebelah suami agak alim dan sangat menyenangkan hati). Saya tak nak panjangkan hal ni kepada keluarga kerana takut kalau keluarga tegur suami, dia makin jauh hati. Tak kira lah keluarga saya atau dia. Saya fikir saya nak ubah dia dulu. Jalan terakhir baru lah saya rujuk keluarga tapi seboleh-bolehnya saya taknak rosakkan keharmonian keluarga atas sebab masalah remeh macamni.
Harap ada cadangan bernas. Saya tak perlukan sebarang komen nak kutuk budak tu ke suami ke ataupun saya sendiri. Cuma cadangan.
Terima kasih. Wassalam.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon