UMMU SHAIKHAH STACY ABDULLAH |
Walaupun berasa dianiaya, pemilik nama Islam Ummu Syaikhah Stacy Abdullah itu mengambil langkah tersebut sesuai dengan ajaran agama supaya lebih bersabar dalam menempuh ujian.
“Bagaimanapun, di pihak pengurusan, saya tidak tahu apa tindakan yang bakal diambil terhadap penyebar berkenaan tetapi secara peribadi, saya sudah memaafkannya.
“Saya anggap ini ujian pertama sebagai seorang Islam dan cuba hadapinya sebaik mungkin. Jujurnya, saya terkilan serta kecewa atas apa yang telah berlaku kerana wakil JAIJ sendiri sudah berjanji bahawa proses pengislaman tersebut adalah sulit dan rahsia,” katanya dalam sidang akhbar tergempar yang diadakan di Ibu Pejabat Astro di sini hari ini.
Terdahulu, Stacy membuat pengakuan bahawa beliau telah memeluk Islam pada Isnin lalu kira-kira pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh bapanya, Annam Bayar, 53, serta ibu, Agnes Kaloos, 57, dan juga kedua-dua ibu bapa Akim Ahmad yang juga kekasihnya.
Menurut Stacy, ketika memasuki pejabat agama berkenaan, dia terpaksa menyorokkan mukanya kerana tidak mahu kehadirannya disedari orang awam.
“Saya tahu dia duduk berhadapan dengan saya berdasarkan sudut rakaman video dan gambar berkenaan. Sedangkan, ketika memasuki pejabat tersebut, wakil JAIJ berjanji bahawa proses tersebut adalah sulit dan rahsia.
“Jadi saya rasa teraniaya apabila janji tersebut diingkari setelah mendapat tahu ia disebar secara meluas. Perasaan saya yang gembira setelah memeluk Islam bertukar menjadi sedih dan kecewa setelah menerima berita itu,” katanya dalam sidang akhbar tergempar yang diadakan di Astro semalam.
“Saya tahu perkara ini sesuatu yang baik untuk dikongsi kepada umum tetapi saya perlukan masa yang sesuai untuk memberitahu tentangnya, bukan dengan cara ini (merujuk isu penyebaran video dan gambar).
“Sebab itu, saya memakai tudung sehingga menutupi sebahagian muka bagi mengelak daripada dikenali orang awam yang berada di situ. Saya mahu proses itu berlangsung dalam keadaan yang amat tenang dan tenteram.
“Sejurus memeluk Islam, saya membaca ikrar mengikut prosedur yang ditetapkan dalam keadaan menitis air mata. Menangis disebabkan kegembiraan yang amat sangat. Akan tetapi, apabila pulang ke rumah, mood saya bertukar sedih selepas membaca berita yang disebarkan dan berasa seperti dipersenda serta dianiaya,” ujarnya. – Utusan Online
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon