loading...

Pelajar Cemerlang Dari Kelantan Ini Perlukan Bantuan Untuk Ke Universiti

Dipetik dari Facebook Syazwan Fadeli


Hari Khamis (20/8/15) yang lepas, saya ada melawat seorang adik bernama Nur Azizah binti Mustafa (bertudung kuning dalam gambar), rumahnya terletak di Rantau Panjang, Kelantan.

Untuk makluman pembaca yang budiman, adik ni seorang pelajar yang bijak dan bercita-cita tinggi, walaupun bersekolah di kampung sahaja, semasa SPM dahulu adik Azizah berjaya mendapat keputusan 8A 1B yang sangat memberansangkan, antara pelajar terbaik di daerah di sini. Kemudian adik Azizah menyambung pelajarannya ke Matrikulasi Pulau Penang dalam aliran Sains. Alhamdulillah, pada semester pertama beliau mendapat keputusan 3.90, dan untuk semester kedua beliau mendapat 3.50.

Apabila diambil kumulatif, beliau berjaya menamatkan pengajian matrikulasinya dengan CGPA 3.7, tinggi bagi seorang pelajar aliran Sains, tambah pula berasal dari kampung dan keluarga susah. Alhamdulillah, beliau ditawarkan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Biotechnology, insyaallah akan mendaftar pada 31/8/15, dan beliau bertolak dari Kota Bharu pada 29/8/15. Lebih kurang seminggu lagi.

Saya dan rakan2 yang lain terpegun melihat sijil-sijil SPM dan Matriks adik Azizah, bijak sungguh adik Azizah ni belajar, dulu saya pernah dengar orang-orang kampung cakap yang ada seorang pelajar pandai bersekolah di SMK Gual Periok yang miskin, sekarang ni baru saya kenal adik Azizah lah orangnya.

Sedikit biodata tentang diri bekuay. Adik Azizah mempunyai 3 orang adik beradik, beliau anak kedua. Ibu bapanya sudah bercerai sejak beliau kecil lagi, dan hanya ibunya sahaja yang menyara mereka sekeluarga. Ibunya bekerja sebagai penoreh getah kecil-kecilan sahaja, apabila hari hujan, semestinya tidak boleh pergi menoreh, dan ini semestinya menjejaskan pendapat keluarga.

Adiknya masih bersekolah di tingkatan 5 dan mendapat biasiswa persekutuan, biasiswa untuk pelajar sekolah yang dikenalpasti ada potensi dalam pelajaran. Abangnya pula masih belum bekerja, sedang kursus untuk menjadi askar di Port Dickson. Memang bergantung kepada ibunya sahaja untuk pendapatan, paling tidak kepada datuk atau saudara mara.

Saya pernah melawat ke rumahnya, rumah campuran batu-bata dan juga kayu, bersaiz sedang sahaja. Apabila saya bertanya kawan adik Azizah ni, sebenarnya rumah tersebut adalah milik nenek Azizah, mereka hanya menumpang di situ. (Gambar di dalam rumahnya di bawah).

Saya tanya adik Azizah pasal yuran pengajian untuk tahun pertama di UMS, yurannya berjumlah RM2000. Apabila saya tanya ada duit ke nak bayar? Beliau kata ada, tapi sumbangan orang, datuk dan bapa saudaranya ada hulur-hulur sikit. Dan beliau juga meminjam duit biasiswa adiknya yang masih bersekolah untuk bayar yuran tersebut, katanya beliau dah janji dengan adiknya akan bayar balik bila dapat Wang Ehsan dan zakat daripada Negeri Kelantan. Lebih seribu juga beliau pinjam duit adiknya.

Saya suruh adik Azizah call pihak UMS bertanya boleh atau tidak kalau bayar separuh atau sikit dahulu, malangnya tidak boleh, beliau terpaksa bayar penuh sebelum mendaftar lagi. Semestinya agak terbeban juga bagi pelajar-pelajar miskin untuk membayar sekali gus begitu, tambah pula perlu membeli tiket flight ke sana (beliau pergi seorang diri untuk mendaftar ke UMS, tiket flight mesti mahal kan). Itu belum termasuk untuk membeli keperluan-keperluan lain, yang saya rasa mesti memerlukan duit lebih.

Saya juga bertanya ada ke duit poket nak belajar mula-mula ni? Katanya ada lagi lebihan sikit-sikit daripada lepas bayar yuran tersebut.

Kawannya juga pernah bagitahu, semasa matriks sekali dulu, duit memang tak cukup selalu, kalau masa betol-betol terdesak tu, satu bungkus maggi yang berharga 70-80 sen tu boleh makan untuk satu hari atau dua hari. Perlu berjimat cermat terutama pada akhir-akhir bulan. Kalau membeli nasi pun, mesti nasi yang banyak, kadang-kadang tiada lauk pun, cuma sayur sahaja yang diletak, supaya murah. Biar murah, asal kenyang untuk alas perut mereka.

Saya juga pernah bertanya kepada adik Azizah, cita-cita sebenarnya apa? Beliau kata sebenarnya nak ambil medic, cuma result di Matriks untuk semester kedua beliau jatuh, dan akhirnya tidak dapat untuk sambung dalam bidang medical. Saya tanya biotechnology ni okay tak nak belajar? Beliau kata okay sangat, bila dah habis degree, beliau nak sambung master pula, atau pun nak ambil degree sambung medic semula. Goodluck Azizah! Cita-cita yang cukup besar.

Begitulah semangat anak kampung yang pandai, tak pernah berputus asa nak ubah nasib keluarga. Bila saya berborak dengan ibunya, saya tahu dengan nada suara ibunya, Azizah ini lah pertaruhan nasib keluarga mereka.

Tujuan saya menulis adalah untuk saya memohon kepada pembaca yang budiman, kalau sekiranya ada niat untuk membantu bolehlah berhubung dengan saya atau terus ke akaunnya di bawah.

Dan juga, kalau ada yang boleh share kepada kawan-kawan, cikgu-cikgu, atau family masing-masing yang ingin menderma, saya rasa itu pun sudah cukup membantu.

Saya ingin menolong kerana saya tahu saya tak pernah merasai bagaimana susahnya pelajar-pelajar miskin yang ingin masuk universiti. Saya tahu, kes begini bukannya terpencil, banyak juga lagi pelajar lain yang senasib dengan adik Azizah ni, jadi apa salahnya kalau kita sama-sama membantu untuk mengurangkan jumlah mereka kan?

Minggu lepas saya ada share kisah pasal adik Wani (boleh rujuk post saya yang lepas bertarikh 18/8/15), alhamdulillah ada yang sudi memberi sumbangan, tapi untuk dibahagi dua, maaf saya kata, sedikit sahaja yang akan mereka dapat. Sekarang saya cuba pula untuk membantu adik Azizah.

Kalau ada yang ingin pergi ke rumah adik Azizah, sangat dialu-alukan, boleh terus berjumpa familynya dan serahkan sendiri duit. Saya boleh bagi peta dan alamat rumahnya.

Sumbangan boleh terus ke akaun adik Azizah
Nur Azizah binti Mustapa
Bank Islam Malaysia Berhad
03081020360301

Timun Bulat akan cuba bantu seboleh mungkin. Semoga amalan yang sedikit ini diterima sebagai amalan soleh.

Ads:
loading...

Thanks for your comment