loading...

Kisah "S" Murid Tahun 6 Berkerusi Roda di SK Datin Fatimah


Darjah Enam, Sek Keb Datin Fatimah, Kuala Nerang, Kedah. 

Tahniah buat semua murid yang berada di sekolah ini. Gambar di atas ini merupakan gambar "S", seorang murid ber"wheelchair" yg merupakan satu-satunya murid yang memakai kerusi roda di sekolah ini. Rakannya sedang membantu membersihkan mulut "S" selepas makan di kantin sekolah.

Mungkin ramai yang tidak tahu terutamanya orang luar. yang sekolah ini merupakan antara sekolah yang mempunyai peratusan murid miskin yang tinggi. 

Untuk "S" ia lebih mencabar.

Keluarga "S" tidak mampu menghantarnya ke sekolah yang lebih baik dan sesuai dan hanya sekolah ini sahaja yang sanggup menerimanya. Dia perlahan dan sangat terbatas pergerakannya. Tidak banyak yang  mampu dia lakukan. Namun di sini dia mempunyai dunianya sendiri. 

Kisah yang paling menarik sebenarnya berkenaan rakan-rakannya. Mereka semua sukakan "S". Mereka tidak banyak merungut untuk membantu "S". UPSR juga lagi dua minggu. Kawan-kawan dia membantu "S" bergerak sekitar sekolah, membantunya ke tandas dan menolong "S" dalam belajar.


Dalam gambar di atas, seorang rakannya membantu "S" membersihkan mulutnya selepas makan. Saya sangat terharu. Masa saya tanya rakannya itu, dia kata rasa masa basuh mulut adik sendiri. Tidak ada apa-apa masalah. 

Mungkin "S" tidak boleh jauh dalam pendidikan tinggi tetapi masa depannya ada. Dia sudah mendapat pendidikan asas yang baik. Bayangkan jika sebuah sekolah untuk mereka yang kurang upaya dapat dibina dengan hati yang ikhlas.

Kredit kepada Syed Azmi, penulis asal kisah ini. Timun Bulat kagum dan salute pada beliau. Syabas Tuan!

Ads:
loading...

Thanks for your comment