Saya harus tegaskan bahawa, di dalam profesi kami, perkara seperti ini TIDAK SEPATUTNYA berlaku. Kami berpegang kuat kepada etika dan prinsip perubatan, kami tahu di mana batas kami dalam merawat pesakit.
Dalam gambar yang saya lihat, beberapa pertanyaan di dalam kepala saya, siapa yang mengambil gambar (ianya bukan gambar selfie)? Kenapa diambil gambar? Apa cerita di sebalik gambar? Adakah telah mendapat persetujuan pesakit dan keluarga? Jika gambar itu doktor yang punya, bagaimana boleh terlepas ke tangan orang lain?
Saya yakin kes ini telah diketahui oleh pihak tertinggi pimpinan, siasatan akan dijalankan dengan kadar segera, dan saya yakin soalan-soalan ini juga akan ditanya kepada doktor berkenaan.
Saya harap masyarakat bersabar, tunggu kenyataan rasmi dari Ketua Pengarah KKM. Dan sudah tentu, jika memang terdapat PERLANGGARAN ETIKA, hukuman yang setimpal perlu dikenakan, saya yakin kementerian mampu menjalankan siasatan dengan adil dan saksama.
Kami para doktor yang lain akan terus melakukan kerja kami dengan penuh rasa tanggungjawab, melayani pesakit dengan hati, memberi perkhidmatan terbaik buat masyarakat.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Harap kita dapat dengar kenyataan rasmi KKM dan sekaligus membersihkan nama profesi dan mengembalikan kembali kepercayaan masyarakat kepada kami.
Sumber daripada Facebook Dr. Khairul Hafidz Alkhair, seorang Pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di Malaysia.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon