Kepada peminat pasangan ini, doakanlah yang terbaik buat Qi Razali dan juga Nelydia Senrose kerana khabarnya kini hubungan mereka dikatakan retak menanti belah malah perasaan tersebut seperti yang digambarkan di laman sosial mereka.
Melalui muat naik status di Twitter, Qi menyatakan bahawa situasi yang dihadapi ketika ini adalah sangat menyakitkan namun kehidupan harus diteruskan. Sementara itu, Nelydia juga turut meluahkan perasaan melalui Instagram seperti menggambarkan situasi yang mereka hadapi ketika ini. Komen iklan yang banyak di ruangan komen Instagram pelakon tersebut juga bagai tidak endah dengan perasaan yang dihadapinya ketika ini.
Apa-apa pun yang terjadi di antara mereka, pastinya peminat sentiasa mendoakan yang terbaik atau nantikan sahaja sehari dua, manalah tahu nanti mereka sudah ada gambar bersama kembali. Atau mungkin juga doa ibu bapa Nelydia di Mekah termakbul untuk berjumpa jodoh sebenar. Eh. - Rotikaya
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon