loading...

(6 Gambar) Proton Perkenal Model Konsep Truck Pikapnya Yang Badass !!



3 Oktober - Proton hari ini mempamerkan model konsep trak pikapnya di karnival Alami Proton 2015 Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam.

Memetik laporan dari Carlist.my, model yang belum mempunyai nama itu menyerlahkan rekabentuk yang garang. Namun setakat ini Proton masih belum memberi kepastikan sama ada trak konsep itu akan diprodukkan.

Karnival Alami Proton 2015 yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga esok di Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 petang.


Di laman Facebook Siakapkeli, Abdullah Ali memberi kata semangat kepada Proton,

"Syabas Proton, inilah masa untuk terus mengeluarkan produk dan design2 lagi..x kisah ape orang cakap..asal jangan guna design pengeluar kereta lain lagi mcam Inspira dan Perdana versi Kerajaan lagi..hentikan mindset mcm tu, kita ada kepakaran sendiri dan design lebih banyak model kereta..InsyaAllah boleh.."




 - Siakapkeli.my

Kredit photo : Paultan, Carlist












Ads:
loading...

Thanks for your comment