PETALING JAYA: Bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail memohon bantuan bagi menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya yang mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.
Azman, 43, berkata, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung dan perlu membuat pembedahan selepas usia bayi tersebut mencecah tiga bulan.
“Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.
“Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya,”
Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.
Tambahnya, selain kos pembedahan, dia turut memerlukan kos perbelanjaan dan rawatan harian untuk anaknya yang kini memerlukan dia berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Lebih perit lagi, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka.
Katanya, dia kini terpaksa berpindah ke sebuh hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital.
“Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak kami.
“Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap dan memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara,” ujarnya.
Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.
Dalam pada itu, Azman berkata, bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi nombor 011-11906910.
Sumber
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon