loading...

Pesanan Syeikh Ini Membuatkan Semua Hadirin Menangis.. Apa Yang Dikatakannya?

Scroll ke bawah untuk videonya.
Pesanan yang sangat menyentuh hati dari Syaikh Salih Al-Maghamisi


Apabila kita telah mengetahui bahawasanya Allah SWT mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya, maka dari itu kita tahu sebesar-besar nikmat ialah Nikmat al-Islam.
Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam dan Nabi kita pernah berdoa, "Wahai yang membolak balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu."

Dan Nabi SAW telahpun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman:

Orang yang malamnya Muslim, dan paginya kafir,
atau paginya dia kafir, dan petangnya dia beriman
dan hari ini kita lihat disekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat (penipuan, dan perkara yang meragukan) dan yang berbentuk syahwat (yang membangkitkan nafsu).

Tiada syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamaNya) tetapi Allah yang Maha Tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islam. Dan setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan digantinya (dari Allah) kecuali agama (maka tiada gantinya).
Dan apabila Allah mencintaimu, maka dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam supaya engkau mati dalam Islam. “Jadikanlah!” Hatimu gembira tatkala engkau menyembah Allah.
Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian, dia merasa gembira kerana menghadirinya. Kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari “kegembiraan” ini.

Bagaimana engkau tahu bahawa engkau (tetap) di dalam Islam?
(ialah) engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah.
Janganlah dilakukan, janganlah dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukan sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat dan mati di dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik berbanding mati di dalam kekufuran sebagaimana disebutkan di dalam doa para solehin,
"Ya Allah, sesungguhnya aku mencintaiMu walaupun aku bermaksiat kepadaMu."

Dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn al-Ash tatkala hampir waktu kewafatannya berkata, "Ya Allah, aku bukanlah seorang yang lepas (dari dosa) maka aku memohon pengampunan dan bukanlah aku orang yang kuat (dalam beribadah), maka aku memohon pertolongan dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah."

Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat Subuh berjemaah setelah engkau keluar dari Masjid, hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu, bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan kau berdiri dihadapanNya dan membawa engkau bergerak menuju rumahNya (Masjid). Inilah yang kita harapkan.

Mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan di atas agama dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraanya terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang Muslim. Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita Syurga tatkala kita memintanya.


Pesanan yang sangat menyentuh hati dari Syaikh Salih Al-Maghamisi
sila share, xyah minta izin.Pesanan yang sangat menyentuh hati dari Syaikh Salih Al-MaghamisiApabila kita telah mengetahui bahawasanya Allah SWT mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya, maka dari itu kita tahu sebesar-besar nikmat ialah Nikmat al-Islam.Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam dan Nabi kita pernah berdoa, "Wahai yang membolak balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu."Dan Nabi SAW telahpun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman:Orang yang malamnya Muslim, dan paginya kafir, atau paginya dia kafir, dan petangnya dia berimandan hari ini kita lihat disekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat (penipuan, dan perkara yang meragukan) dan yang berbentuk syahwat (yang membangkitkan nafsu).Tiada syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamaNya) tetapi Allah yang Maha Tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islam. Dan setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan digantinya (dari Allah) kecuali agama (maka tiada gantinya).Dan apabila Allah mencintaimu, maka dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam supaya engkau mati dalam Islam. “Jadikanlah!” Hatimu gembira tatkala engkau menyembah Allah.Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian, dia merasa gembira kerana menghadirinya. Kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari “kegembiraan” ini.Bagaimana engkau tahu bahawa engkau (tetap) di dalam Islam?(ialah) engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah.Janganlah dilakukan, janganlah dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukan sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat dan mati di dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik berbanding mati di dalam kekufuran sebagaimana disebutkan di dalam doa para solehin,"Ya Allah, sesungguhnya aku mencintaiMu walaupun aku bermaksiat kepadaMu."Dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn al-Ash tatkala hampir waktu kewafatannya berkata, "Ya Allah, aku bukanlah seorang yang lepas (dari dosa) maka aku memohon pengampunan dan bukanlah aku orang yang kuat (dalam beribadah), maka aku memohon pertolongan dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah."Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat Subuh berjemaah setelah engkau keluar dari Masjid, hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu, bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan kau berdiri dihadapanNya dan membawa engkau bergerak menuju rumahNya (Masjid). Inilah yang kita harapkan.Mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan di atas agama dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraanya terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang Muslim. Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita Syurga tatkala kita memintanya.sila share, xyah minta izin.
Posted by Mohamed Lutfi on Friday, June 5, 2015

Ads:
loading...

Thanks for your comment