loading...

Kerana Periuk Nasi "Mereka" Panas, Doktor Melayu Ini Diugut Supaya Berhenti Menulis Di Facebook!

Artikel ini ditulis dan dikongsikan oleh Dr. Syamirulah Rahim di laman sosial Facebook milik beliau. Dr. Syamirulah merupakan seorang pegawai perubatan siswazah di sebuah hospital awam di Malaysia. Semoga para pembaca memperoleh manfaat daripada artikel beliau.


Tengahari tadi saya berjumpa dengan pengarah hospital. Rupanya, ada post saya yang telah menyebabkan sesetengah pihak "kepanasan". Makanya, saya diminta membuang post tersebut, serta berhenti dari mengulas mengenai isu-isu sensitif sebegini sementara siasatan dan tindakan menyusul.

Seperti yang saya sebutlah, agenda mendedahkan bahaya gerakan homebirth (unassisted) dan antivaksin ini sebenarnya agenda menutup periuk nasi seseorang. Justeru, sudah tentu akan ada orang yang tidak suka.

Abang saya dahulu, bekerja sebagai seorang wartawan di sebuah akhbar terkemuka. Beliau pernah membuat liputan, mengenai seorang bomoh yang menipu pelanggannya. Beberapa hari selepas itu, beliau dinasihatkan berhenti membuat pendedahan sebegitu kerana dikhuatiri bomoh tersebut berdendam dan melakukan sesuatu. Abang saya menerima nasihat tersebut, berhenti menjadi seorang wartawan, dan kini menjadi penulis novel sampingan disamping kerja tetap beliau di sebuah sektor kerajaan.

Nampaknya saya pun, akan mengikut jejak langkah beliau. Hihi. Justeru buat para pembaca, anda boleh fikirkan sendiri, tatkala kami yang membuat pendedahan demi pendedahan sebegini boleh ditutup mulut,

Siapa lagi yang akan menutup mulut pihak homebirth (unassisted) dan antivaksin apabila mereka membahayakan nyawa manusia? Atau pengamal perubatan alternatif disana sini yang menipu pengguna? Mereka ini, tidak ada etika yang mengikat mereka, tidak ada code of conduct, tidak ada badan yang boleh menegur mereka. Anda selaku pengguna, anggota masyarakat, selamatkah anda?

Justeru apa yang akan tinggal di laman FB saya ini adalah perkongsian seperti gambar makanan tengahari saya atau kisah saya servis kereta atau pemandangan pelangi ketika menuju tempat kerja seperti gambar ini.

Mereka mungkin telah berjaya mengikat tangan menutup mulut saya, namun saya tidak akan berhenti menulis. Menulis, adalah jiwa saya, sebahagian dari diri saya, sejak saya di zaman persekolahan lagi. Justeru kepada sesiapa yang berminat hendak membaca penulisan saya, kalian tunggu sahajalah. Mungkin nanti muncul page FB yang "anonymous" dimana saya boleh bebas menulis tanpa memikirkan risiko apa-apa. Atau mungkin kelak anda boleh menjumpai penulisan-penulisan saya dicetak di dada akhbar dan media.

"Tapi macam mana saya nak kenal, itu tulisan Dr. Syamirul?"

Oh you will recognize, I'm sure you will.

Bercakap mengenai cetak, Diagnosis:apokalips hanyalah sekadar permulaan. Bahkan, post "imaginasi" saya baru-baru ini pun, adalah petikan draf dari projek saya seterusnya yang dijangka akan dicetak tahun hadapan. Cheers.


Ads:
loading...

Thanks for your comment