loading...

Amalan Makan Minum "Najis" Sunnah Nabi?? Jom Tengok Penjelasan Ini

Gambar hiasan
Astaghfirullah!!

FITNAH FATWA MAKAN DAN MINUM ‘NAJIS’ IMAM / NABI | Ramai pembaca yang meminta pandangan kami tentang sunnah memakan dan meminum najis ini. Sebahagian mereka mungkin dari kalangan penganut SYIAH atau yang sedang berjinak-jinak dengannya. Berbagai dalil dan logik akal dikemukakan untuk ‘membenarkan’ amalan itu. Kononnya ia sebagai satu ‘sunnah’ Rasulullah SAW dalam memartabatkan pemimpin.

Nampaknya sudah semakin ramai pengikut Syiah yang mula berjaya di’pukau’ dengan berbagai amalan songsang yang tidak Islamik sama sekali ini. Mungkin masih boleh dihujjah akal jika sekadar amalan ritual zikir menari, atau diubah ‘doktrin’ agama seperti rukun Islam atau rukun Iman sahaja. Tetapi jika sudah sampai ke peringkat ritual mencederakan diri dan memakan najis dijadikan ukuran keIslaman, tentulah sudah keterlaluan sesatnya.

Dalam hal ini, Syiah telah fatwakan bahawa makan tahi Imam bakal masuk syurga seperti berikut,
فليس في بول المعصومين ودمائهم وأبوالهم وغائطهم استخباث و قذارة يوجب الاجتناب في الصلاة ونحوها كما هو معنى النجاسة ، ولا نتن في بولهم وغائطهم بـل هـــمــا كالمــسك الأذفـــــــر ، بــــــــــل مــــن شـــــرب بولهم وغائطهم ودمهم يـــــحـرم الله عليه الـــنــار واســتــوجــب دخول الجنّة
"Tidak ada pada air kencing para Imam maksum, darah, dan juga tahi mereka suatu kebusukan ataupun kekotoran. Air kencing dan tahi mereka tidak berbau, malah baunya bagaikan bau kasturi yang semerbak. Bahkan barang siapa yang meminum air kencing para imam, memakan tahi mereka, juga darah mereka, maka Allah SWT mengharamkan neraka baginya dan wajib baginya masuk Syurga”

(Diambil dari kitab Syiah: Al-Anwar Al-Wilayah oleh Al-'Allamah Al-Hujjah Al Akhunid Mulla Zaenal Abidin Al Kalbayakani halaman 440).

Beberapa pembaca juga mengemukakan dalil naqli berupa hadis-hadis yang merujuk kepada insiden pembantu Rasulullah SAW yang telah meminum air kencing baginda. Berikut adalah antara link yang popular sebagai rujukan mereka.

http://abul-jauzaa.blogspot.my/…/jika-ahlus-sunnah-punya-ma…
http://abul-jauzaa.blogspot.my/…/minum-air-kencing-rasulull…

ALASAN ISLAM PERLUKAN INSTITUSI IMAMAH YANG DITAATI?

Di samping merujuk kepada hadis meminum air kencing, ramai juga pembaca yang berhujah kononnya amalan meminum air kencing dan memakan najis Imam ini adalah satu keperluan. Ia kononnya boleh dijadikan satu mekanisma sebagai ukuran ketaatan pengikut terhadap imam mereka. Ini kerana institusi imamah amat diperlukan ketika ini untuk menaikkan Islam semula.
Semua yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW harus diteruskan. Jika Nabi sudah tiada, maka amalan itu dikatakan harus dilakukan terhadap ulil-amri seperti institusi imamah ini.

Kami setuju dengan keperluan institusi Imamah yang mantap untuk menaikkan semula kegemilangan Islam. Namun, ketaatan melulu sehingga melanggar fitrah Allah dan rasul seperti memakan najis dan menyapunya ke muka adalah jelas satu penyelewengan. Ia adalah satu unsur ketaksuban melampau, bukan satu kepatuhan syariah… dan itu adalah tidak Islamik sama sekali.

PENJELASAN DALIL DAN HUKUM AKAL
Kita harus ingat bahawa SEGALA perbuatan dan perkataan Nabi SAW adalah dibimbing wahyu. Baginda tidak akan sekali-kali tergamak untuk mengurangi atau menokok-nambah apa yang telah Allah SWT perintahkan melalui wahyu itu.

HADIS adalah RIWAYAT/PERAWIAN tentang apa sahaja gerak langkah, tindak tanduk dan kata wasiat baginda. Tindak tanduk baginda itulah yang kita panggil SUNNAH. KESEMUA asal usul sunnah itu adalah dari WAHYU yang kini ada di tangan kita, terhimpun dalam sebuah kitab yang boleh dijadikan sebagai RUJUKAN tentang benar salahnya hadis baginda yang sampai kepada kita.
Seperti kita semua tahu, hadis mula ditulis selepas sekitar 200 tahun kewafatan Baginda Nabi SAW. Ketika itu legasi Abdullah Saba’, Bapa Munafik dan begitu ramai munafik Islam pencetus bidaah dan kesesatan assobiyah sudah pun bertapak.

Hari ini begitu banyak hadis yang didapati palsu dan mengelirukan. Oleh itu, rujukan paling tepat untuk mempastikan kebenaran suatu hadis itu sohih adalah alquran itu sendiri. Syaratnya ia harus difahami dengan akal yang cerdas dan hati yang ikhlas. (QS:96/8)

Secara khususnya alquran menjelaskan bahawa Rasulullah SAW itu adalah MANUSIA BIASA yang dipilih untuk menunjukkan uswah kepada manusia dalam melaksanakan perintah Allah SWT (QS: 18/110). Hal ini terlalu banyak dinyatakan dalam alquran secara berulang-ulang. Baginda makan, minum, berak dan kencing seperti kita. Baginda juga berkahwin, berjalan di pasar, juga sakit dan terluka seperti kita. Baginda juga suka bergurau bahkan mengakui diri baginda juga kadangkala pelupa dalam salah satu hadisnya.

Oleh itu, jika tahi dan kencing kita itu baginda tetapkan sebagai najis secara fiqahnya, tentulah serupa keadaannya buat para nabi dan imam yang kita ‘puja’ juga. Ini kerana Allah SWT tidak berikan SET hukum fiqh yang berbeza untuk para nabi, imam dan juga umatnya. Yang halal tetap halal dan haram tetap haram.

Jika benar sekalipun hadis yang dirujuk mengenai sahabat yang meminum kencing baginda lalu dikatakan dia bakal masuk syurga, ia harus ditimbang atau disucikan semula menggunakan akal berpandukan dalil naqli dari kitab suci.

Apa yang Allah SWT turunkan adalah sesuatu yang sangat fitrah dan alami. Ia juga tidak sekali-kali akan bercanggah dengan akal dan fitrah manusia jika kita benar-benar memahaminya. Jika bercanggah, itu bermakna ia bukan dari Allah SWT dan Rasul (QS:4/82, QS:30/30)

Dalil naqli dari hadis meminum kencing yang dikemukakan menunjukkan ianya berlaku secara ‘tidak sengaja’. Kenyataan baginda yang mengatakan “Engkau bakal masuk syurga” juga disampaikan secara berseloroh kerana diriwayatkan baginda tergelak sampai kelihatan gigi geraham. Jika hadis itu benar pun ia jelas berupa satu GURAUAN yang harus kita ambil kira. Kelucuan begini jarang berlaku pada Nabi SAW kerana baginda sering dilihat sekadar senyum sahaja.

KESIMPULAN

Kita semua akui memang Islam amat memerlukan kepimpinan Imamah seperti yang didakwa pengikut Syiah. Namun, kepatuhan sehingga ke tahap TAKSUB yang memawa kepada ASSOBIYAH begini tentu sekali bukan ajaran nabi. Hari ini kerana taksub dengan imam dan kelompok kita, dengan mudah kita menggelar orang lain ‘tidak Islam’ hingga ke tahap sanggup membunuh.

Berpegang TEGUHLAH dengan alquran dan sunnah secara kaffah, bukan hanya sebahagian sahaja. Ini kerana sunnah itu sendiri datang dari alquran yang skrip asalnya masih ada ditangan kita. Oleh itu, jika ada hadis atau sunnah yang mengelirukan, TIDAK FITRAH, maka rujuklah ia dengan alquran untuk mencari kebenarannya. Tanpa meneliti kedua-duanya, maka kita akan mudah keliru dan dipesongkan oleh Dajjal. (QS:2/208)

Kehebatan Islam dan wahyu Allah SWT ialah kerana ia mampu mencipta sejahtera walaupun oleh manusia biasa. Itulah uswatun hasanah oleh para rasul selaku manusia biasa yang dipilih dan diutus Allah.

Dari segi ilmu juga begitu. Tidaklah para nabi atau rasul itu dilahirkan sempurna ilmunya dari mula. Mereka semua adalah golongan yang asalnya BUTA HURUF (al-Ummi). Mereka awalnya tidak mampu juga menjabarkan kitab yang ada di tangan mereka. Kepandaian mereka adalah melalui proses pembelajaran, samada sesama manusia atau daripada malaikat Jibril.

Jika para nabi atau rasul itu terlalu berlainan sekali rohani dan jasmaninya dari umat sejak mula, sudah pasti ia akan dijadikan alasan oleh manusia untuk tidak mempercayai kebenaran janji Allah SWT untuk mengurniakan kejayaannya. Kerana itu jugalah kita dilarang membayang-bayangkan atau melukis wajah baginda. Ini antara fakta bahawa bukan jasmani dan rupa paras para nabi yang harus kita agungkan, tetapi kepatuhan baginda melaksanakan wahyu sehingga berjaya membangunkan agama itulah yang harus kita ikut.

Hari ini kita marah orang melukis karikatur nabi, tetapi kita sendiri tidak habis habis menceritakan dan memuja bayang-bayang wajah dan tubuh badan nabi. Sehelai rambut baginda pun kita puja dan jaja serata dunia dengan bangganya. Dan kini kita ikut percaya sampai ke tahap meminum kencing, peluh, air istinjak, sisa wuduk, darah baginda dan sebagainya. Tidakkah itu boleh menimbulkan fitnah kepada baginda dan agama kita?

Islam itu agama yang berasaskan hujjah dan ilmu dari kitab Allah yang perlu difahami dengan akal yang waras dan hati yang ikhlas. Allah SWT sendiri berulang kali menyatakan kemurkaanNya terhadap orang yang tidak menggunakan akal.

Malangnya kini begitu ramai yang jadi jumud sehingga mengatakan Islam tidak boleh ditimbang dengan akal. Oleh itu, pasti ada yang tidak kena dengan keIslaman kita. Akibat malas menggunakan akallah kita sanggup jumudkan diri, sanggup bertaklid dan patuh membuta tuli sehingga sanggup minum kencing dan makan tahi… ASTAGHFIRULLAH.

Yang melemaskan sekali hari ini ialah…apabila tidak mampu berhujjah, terus sahaja kita lompat kepada konklusi bahawa si polan itu adalah WAHABI. Padahal apa itu wahabi pun kita sendiri tidak tahu… - WARGA PRIHATIN

Ads:
loading...

Thanks for your comment