loading...

Video Mat Salleh Bertengkar Dengan Warga Tempatan Jadi Viral, Didakwa Bertindak Ganas Pecahkan Cermin



25 Oktober 2015 - Satu video yang memaparkan satu pertelingkahan antara seorang Mat Salleh dan seorang warga tempatan menjadi viral di Facebook.

Video terbabit dimuat naik oleh pengguna Facebook, Fahmi Ahmad Rashidi yang kemudiannya berkongsi video itu di Facebook Siakapkeli.

Melalu video yang berdurasi selama 2 minit 51 saat itu, dilihat kereta perodua milik warga tempatan itu retak cermin hadapan selain dari serpihan-serpihan kaca dilihat bertaburan di atas peha lelaki warga tempatan tersebut.

Selain itu turut kedengaran lelaki Mat Salleh berkenaan mengugut warga tempatan yang berada di dalam kereta tersebut selain memanggilnya "pu*sy" dan mengeluarkan ayat-ayat mengugut.

Namun tidak pasti siapa salah di dalam hal ini kerana video berkenaan tidak menunjukkan keadaan dari awal kejadian.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi dari pihak polis.
Setakat ini, video terbabit dikongsi sebanyak 155 kali. - Siakapkeli.my



Mari viralkan agar orang ini masuk penjara. This is Malaysia, bro... Aryanti Ilyani Rameli Damia Dayana Rameli Siakap Keli Amran Fans
Posted by Fahmi Ahmad Rashidi on Sunday, October 25, 2015

Sekiranya anda tidak dapat melihat video didalam artikel, sila ke link ini :
https://www.facebook.com/fahmirashidi/videos/1182294785117795/?permPage=1


Ads:
loading...

Thanks for your comment