Siapa sangka sepucuk surat yang tidak tercatat nama pengirimnya akhirnya berjaya menyelamatkan seorang wanita dikenali #Blanche yang terkurung selama 25 tahun di rumahnya sendiri....
Pembongkarannya berlaku apabila pada 23 Mei 1901, pejabat guaman di #Paris menerima sepucuk surat misteri....
Isi kandungan surat itu berbunyi...
"Tuan peguam: Dengan penuh rasa hormat, saya ingin memaklumkan tentang kejadian yang tidak diketahui sesiapa. Mengenai seorang wanita yang dikurung di dalam rumah #Madame Monnier. Dia separuh kebuluran, hidupnya di dalam bilik bawah tanah yang kotor sejak 25 tahun lalu," catat tulisan itu tanpa dicatatkan nama pengirimnya....
Tersentak dengan surat itu, polis membuat siasatan walaupun, pada awalnya sukar mempercayai dakwaan tersebut kerana surat itu hanya dianggap surat layang...
Siasatan dimulakan, rumah #Madame Monnier digeledah dan pada peringkat akhir polis telah memecah masuk ke sebuah bilik yang didakwa menjadi tempat kurungan seorang wanita selama 25 tahun itu....
Melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, mereka terhidu bau busuk...
Dalam bilik yang gelap tanpa sebarang pencahayaan, pasukan penyelamat melihat kelibat seorang wanita tanpa pakaian yang duduk di atas tilam jerami yang hampir reput...
Wanita itu tampak penuh ketakutan, badannya kurus kering, persekitarannya dipenuhi najis dan sisa-sisa makanan...
Udara di dalam bilik sempit itu sangat busuk sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk bernafas...
Mereka segera mengangkat wanita malang itu keluar dari bilik kurungannya...
Tanpa membuang masa, wanita itu dibawa ke hospital untuk dirawat...
Ketika dirawat doktor meramalkan bahawa wanita itu tidak dapat hidup lama dan ketika dirawat wanita itu hanya mempunyai berat sebanyak 55 paun.
Selepas terbongkar mengenai kisah #wanita itu, abang serta ibunya ditahan.
Penyiasatan dilakukan
Ketika siasatan dijalankan, satu persatu rahsia terungkai.
Semuanya bermula 25 tahun lalu sebelum Blanche ditemui.
Ketika itu Blanche jatuh cinta dengan seorang peguam miskin.
Ibunya Madame Louise menentang hubungan cinta itu kerana baginya anaknya tidak sesuai bercinta dengan orang yang tidak setaraf dengan mereka.
Blanche dikurung akhirnya.... masa berlalu, Blanche kini bukanlah seorang anak gadis seperti dahulu, kekasih yang menyebabkan dia dikurung pula sudah meninggal dunia pada 1885.
Abang Blanche, Marcel dalam kenyataan pembelaannya mendakwa Blanche mengalami masalah mental...
Namun ia disangkal beberapa saksi yang mendakwa sering terdengar suara rayuan meminta dibebaskan dari bilik bawah tanah tersebut...
Sementara ibu Blanche hanya ditempatkan di bilik sakit kerana menderita sakit jantung. Ibunya mati beberapa lama kemudian, dia dikatakan hanya mengucapkan 'ah anak ku Blanche' berulang kali kepada doktor yang merawatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir...
Manakala abangnya Marcel dibebaskan dari penjara di atas kenyataannya kepada mahkamah bahawa dia tidak pernah mencederakan adiknya secara fizikal dan hanya menurut perintah ibunya...
Tanda tanya siapa yang mengirim surat itu hingga membawa kepada penemuan Blanche masih kekal misteri sehingga hari ini...
Meninggal di hospital
Sementara Blanche walaupun sudah mendapat rawatan kekal sakit dan mempunyai masalah mental, dia akhirnya meninggal dunia pada 1913 di Hospital Psikiatri Blois, 12 tahun selepas diselamatkan...
Sehingga kini kisah wanita malang ini terus menerus meniti di bibir penduduk tempatan. Kerana cinta dengan si miskin akhirnya Blanche menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri...
Sumber - sinarharian
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon