WD-40. Mungkin ramai yang mengenali produk ini. Bagi yang belum mengenali, sebenarnya banyak produk yang menyerupai WD-40 dari segi fungsi serta pelbagai kegunaannya, tetapi memandangkan WD-40 lebih awal dalam pasaran dan banyak dijual di pasaraya, minimarket, 7-eleven, hypermarket, kedai accessories, maka eloklah kita beli satu.
Sebenarnyanya WD-40 ini sering digunakan oleh mekanik. Pergilah kedai mekanik mana pun kita akan lihat jenama ni. Kegunaan WD-40 dalam kehidupan seharian kita:-
1) Kasut kulit yang baru dibeli, jika di semburkan dengan WD-40 akan membantu mengelakkan kulitnya daripada cepat pecah/merekah.Jangan spray banyak2.Lepas spray polish dengan kain lembut)
2) Semburkan WD-40 pada gelas minuman yang melekat. Tunggu agak 10 saat. Goncang2 sikit, pusing sikit, anda boleh buka dengan mudah saja. Pastikan anda basuh gelas-gelas tersebut dengan sabun sebelum digunakan/disimpan.
3) Melekangkan alat permainan kanak-kanak yang melekat. Sembur saja WD-40. Ia mudah menanggalkan alat permainan kanak-kanak yang terlekat tu.
4) Anda tidak cermat semasa menggunakan gam UHU/gam gajah atau mana-mana gam yang cepat bertindak. Sebahagian daripada gam melekat di tangan/jari. Nak buang memangnya sukar. Sembur saja WD-40. Dalam lima minit semua beres.(gosok2 la sikit)
5) Cincin terlekat di jari sukar nak tanggalkan? Semburkan sedikit WD-40. Tolak cincin ke atas dan ke bawah. Nah. mudah saja tertanggal.
6) Jari cucu anda terlekat dalam botol mulut kecil. Tak susuh. Sembur sedikit WD-40. Biarkan 10 saat. Cabut cincin di jari perlahan-pahan. Lepas tu basuh dengan sabun.
7) Zip seluar ka, baju ka, jaket ka, beg tangan ka, jika terlekat jangan panik. Guna WD-40.
8) Banyak lipas? Sembur WD-40.
9) Banyak semut/serangga lain masuk dalam rumah. Mudah . sembur WD-40 di frem pintu/tingkap.
10) Hulu cangkul, tukul, pahat, parang yang diperbuat daripada kayu sebenarnya boleh tahan lebih lama jika kita kerap sembur WD-40. Lepas sembut kita gosok dengan kain supaya rata.
11) Kanak-kanak memang suka makan chewing gum. Mak bapakmemang tak gemar. Apa tidaknya. Kesan peninggalan chewing gum ada di merata-rata. Yang tak seronoknya melekat di rambut budak-budak tu! Tapi jangan tuan-tuan bimbang, sembur sahaja WD-40 di rambut yang kena chewing gum. Gosok-gosok dan guna sikat yang keras. Getah tersebutmudah tertanggal. ( jangan sembut banyak sangat)
12) Kesan kotoran yang melekat di permaidani pun tak menjadi masalah. gunakan WD-40. Kemudian ambil air sabun yang suam-suam, cuci menggunakan kain.
13) Begitu juga dengan kesan air teh yang tidak mahu tanggal di atas meja makan/kabinet dapur. Guna WD-40.
14) Stiker di kereta anda yang amat degil. ( cukai jalan lama, stiker masa zaman U thn 70an tu).Cuba sembur WD-40. Tunggu 20-30 saat. Cuci dengan kain. Lihat kesannya!
15) Tangan yang bergris/minyak hitam selepas mencuba membaiki kita sendiri, boleh dengan mudah dicuci dengan menggunakan WD-40
16) Kesan sos tomato/sos cili yang degil dengan mudah ditanggalkan dengan menyembur WD-40. Selepas menyembur dengan WD-40, tunggu sekejap, kemudian basuh macam selalu!
17) Kalau kucing anda suka melepas di tempat-tempat yang anda/isteri anda memang tak gemar sangat,cuba sembur WD-40 di tempat yang ia sering melepas. Haiwan memang tak suka dengan bau WD-40. Ini akan sedikit sebanyak membantu mendisiplinkan kucing kesayangan anda!....
18) Puas mop lantai dapur anda,masih tak hilang kesan bertompok-tompok. Cuba sembur WD-40. Biarkan seketika. Gosok dengan berus lantai. Kemudian mop!
19) Nak cuci kesan gam yang dah kering. mudah sembur WD-40. Tunggu 30-40 saat. Cuci dengan kain yang kesat.
20) Kesan marker atau crayon yang degil. guna WD-40!
21) Baju/pakaian anda terkena darah, sembur dengan WD-40. Biarkan seketika. Basuh seperti biasa menggunakan mesi basuh atau cuci tangan.
22) Buat apa buang duit banyak-banayk beli cecair tulah ,inilah, maha-mahal pulak tu,hanya kerana cuci mangkok tandas! gunakan WD-40. Mudah.( cuma dia tak wangi, yg baiknya dia tidak mengandungi asid!)
23) Tak tahan dengan burung-burung yang suka beretenggek di balkoni rumah anda? sembur saja WD-40 di tempat yang sang burung tu suka hinggap. Jamin burung tu tak hinggap lagi kerana mingkin taktahan dengan bau WD-40!
24) Kadang-kadang lenguh-lenguh sendi/di pelipat bawah lutut ka atau di pergelangan kaki ka mudah hilang dengan menyembur WD-40 dan dituruti dengan urut! Cubalah.
25) Sakit gigitan penyengat/tebuan/lebah. Cuba sembur dengan WD-40 di tempat yang kena sengat tu. Lihat kesannya.
26) Bekas serangga yang melekat di gril kereta kita bila memandu pada waktu malam memang susah nak dicuci. Cuba sembur gril sebelum memandu pada waktu malam,anda akan dapati tak banyak lagi serangga yang melekat di gril kereta anda.
27) Ini pasal kereta lama yang di 'parking ' di bawah porch tu. Kesan minyak hitam yang menitik di lantai porch tu memang tidak menyenangkan. Tak payah susah-susah nak gosok teruk2. Semburkan WD-40. biarkan agak-agak 5 minit. Kemudian sembur pula air paip. Tentu mudah nak cuci.
28) Kereta anda warna putih. Pulang dari shopping, ada pulak tompok cat merah baru di bumper anda. Tak seronokkan. Mudah. Sembur WD-40. cuci dengan kain lembut.
29) Susah nak start engin kereta waktu pagi. Ambil WD-40. Sembur wayar plag termasuk pangkal plag. Start semula. Mudah.
( kesemua petua di atas ada yang berkesan/ada yang kurang . Penulis tak berani nak jamin.)
Kredit: bukitbemban.blogspot.com
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon