loading...

Harith Iskander & Faizal Tahir Timang Cahaya Mata Baru



Tahniah kami ucapkan kepada Harith Iskander dan juga Faizal Tahir kerana telah selamat menimang cahaya mata. Kedua-dua selebriti ini berkongsi berita gembira tersebut melalui akaun Instagram masing-masing.


Melalui gambar tanpa kapsyen di laman sosial Faizal Tahir, peminat tidak henti-henti mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya matanya itu semalam, selain turut mendapat ucapan selamat hari lahir yang ke-37 pada hari ini (26 Oktober).

Sementara itu melalui gambar Harith Iskander pula, pelawak tersebut sempat berkongsikan gambar cahaya mata ketiga yang diberi nama – Zydane Xayne Iskander. Harith juga menjelaskan bahawa isteri dan anaknya itu kini berada di dalam keadaan sihat.


Semoga kelahiran cahaya mata baru di dalam keluarga Faizal Tahir dan juga Harith Iskander ini bakal membawa lebih sinar bahagia di samping turut dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti. (rtky/s) -rotikaya

Ads:
loading...

Thanks for your comment