Laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki yang turut mendakwa bangkai berserta mayat manusia itu ditemui oleh saudaranya pada awal bulan September.
Lelaki terbabit membuat laporan bagi pihak saudaranya.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan pada hari Sabtu.
"Perkara ini sedang disiasat", katanya memetik laporan The Star.
Menurut laporan, lelaki berusia 40-an yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu, saudaranya beserta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.
Mereka kemudiannya mendekati bangkai itu dimana mereka menjumpai rangka manusia. Mereka juga turut menjumpai rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.
Sebelum meninggalkan tempat kejadian, mereka mengambil satu bendera yang dijumpai bersama bangkai itu.
Lelaki terbabit kemudian memberitahu polis mengenai penemuan bangkai tersebut yang mungkin pesawat MH370 yang dicari-cari selama ini. - Siakapkeli.my
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon