loading...

Berapa Peratus Tanah Di Semenanjung Malaysia Milik Orang Melayu? Nilai Ini Akan Membuatkan Anda Gigit Jari !!

Artikel ini di siarkan di laman web Ismaweb untuk tatapan umum. Semoga memberi manfaat buat para pembaca.

Penyiksaan Askar Jepun Terhadap Orang Melayu.

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menurut sebuah kajian, tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Semenanjung secara keseluruhannya hanya 20%, manakala 80% lagi dimiliki oleh orang bukan Melayu.

Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof berkata, kajian lain pula mengatakan daripada 32 juta ekar tanah di semenanjung, hanya 11% sahaja berstatus Tanah Rizab Melayu.

Selain itu, satu kajian lain mendapati di Pulau Pinang hari ini tidak lagi wujud Tanah Rizab Melayu.

Beliau berkata demikian kepada lebih 300 hadirin di Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu petang ini di Dewan ISTAC, Persiaran Duta Kuala Lumpur.

Tambahnya, dapatan kajian tersebut amat membimbangkan kita selaku orang Melayu di tanah air sendiri.

Katanya, penyusutan jumlah Tanah Rizab Melayu kepada 11% yang sepatutnya berjumlah 50% (menurut Wasiat Raja Melayu) boleh ditambah kembali dengan syarat wujudnya ‘political will’ di kalangan ahli politik yang menguasai kerajaan negeri.

“Saya pernah terlibat dengan satu mesyuarat bersama menteri-menteri besar, dalam mesyuarat itu membincangkan soal penggantian semula Tanah Rizab yang diambil oleh kerajaan negeri. Namun malangnya kebanyakan menteri besar tidak mahu mengganti semula atas alasan harga tanah itu akan jatuh lalu dibeli dengan harga yang murah, sedangkan terdapat orang bukan Melayu yang sanggup membeli dengan harga mahal,” kata beliau.

“Anak cucu kita satu hari nanti akan menyalahkan kita kerana mereka akan menumpang di tanah kelahiran sendiri kerana sudah tidak mempunyai tanah,” katanya lagi.

Ujarnya terdapat beberapa cara untuk menambah semula jumlah Tanah Rizab, namun sikap pemimpin yang tunduk kepada bangsa bukan Melayu menjadi penghalang.



Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hasrol Hafiz Aliasak pula, isu Tanah Rizab Melayu bukan isu baru sebaliknya ia telah dibincangkan sejak 100 tahun lalu oleh pihak British.

Beliau yang merupakan ahli akademik yang bertanggungjawab mendedahkan di media jumlah Tanah Rizab Melayu yang kini berbaki 11% berkata, terdapat banyak punca berlakunya penyusutan.

Antaranya ialah sikap orang Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi yang mahu mendapat keuntungan sementara.

Selain itu, pembangunan bandar juga merupakan ancaman terhadap Tanah Rizab Melayu seperti yang berlaku ke atas Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Katanya, tanah adalah lambang kedaulatan sesebuah bangsa yang perlu dipelihara.

“Kita perlu mengambil pengajaran daripada bangsa-bangsa yang sudang kehilangan tanah air. Mahukah kita menjadi seperti Palestin yang tanahnya sudah diambil oleh Israel?

“Jika kita sudah hilang tanah, di mana lagi kita mahu duduk?” soal beliau dalam pembentangannya.

Ads:
loading...

2 comments

Click here for comments
January 16, 2016 at 8:02 PM ×

Ya ampun mankah perginya bangsa kita... sudah pupus kah

Balas
avatar
admin
January 16, 2016 at 8:02 PM ×

Ya ampun mankah perginya bangsa kita... sudah pupus kah

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment