Gambar hiasan. |
"Yang tu aku 'cop' awal-awal ya", merujuk pada bahagian lidah haiwan yang baru sudah disembelih.
"Bahagian ini yang sedap ni, plastik mana plastik, aku nak yang ini," nak bikin sup gear box katanya.
Ada sahaja sesetengah pihak yang terlibat dengan proses penyembelihan/melapah, kemudian mengambil bahagian haiwan sembelihan itu untuk dibawa balik.
Macam lembu itu mak bapak dia yang punya.
Haiwan sembelihan itu adalah hak mereka yang melakukan ibadah korban!
Mereka mungkin mewakilkan kepada pihak masjid/surau untuk uruskan proses penyembelihan dan agihan.
Ambil sedikit (cth.1/3) atau agihkan semua pada golongan yang memerlukan, atau masyarakat setempat.
Mereka yang terlibat sewajarnya telah maklum bahawa HARAM hukumnya daging sembelihan diberi atau dianggap sebagai upah dalam membantu proses sembelihan.
Nak kata letih menyembelih dan melapah pun, itu bukan alasan untuk mengambil hak orang yang mewakilkan.
Jika isu sebegini mungkin berlaku, pihak pengurusan mungkin terlepas pandang walaupun nampak remeh, ataupun kadang kala berlaku tanpa pengetahuan mereka, disebabkan konspirasi sesama mereka yang 'sekepala'.
Walhal semua bahagian binatang sembelihan itu sudah termaktub dalam hukum, jika kulit dan bahagian belakang (pelana) pun disebut jelas dalam hadis agar tidak diberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) , apatah lagi bahagian-bahagian yang sudah diketahui berharga dan boleh dimasak seperti lidah, sesetengah bahagian dalaman dan sebahagian tulang.
Jika perbuatan memberi bahagian haiwan sembelihan kepada penyembelih atau pelapah pun dibahaskan panjang lebar oleh para ahli fekah, tentang bagaimana daging korban itu dianggap telah dijual apabila diterima sebagai tukaran kepada khidmat penyembelihan/melapah.
Mereka yang mengambil kesempatan lebih awal dengan bertujuan untuk ambil mana-mana bahagian tanpa memberitahu pihak pengurusan (dan mengangap itu tak mengapa), hakikatnya telah mencuri bahagian daripada ibadah korban yang dilakukan untuk Allah!
Sikap mengambil kesempatan sebegini ternyata hasil bisikan syaitan yang halus. Tak kisahlah dilakukan oleh pihak AJK masjid/surau, ustaz, pak lebai atau tok imam.
Ini bukan mengambil hak & mencuri bahagian dengan cara kotor, ini cara haram jadah.
Di dunia kita mungkin boleh sedapkan hati dan beragak-agak,
"Alah, tak apa ambil bahagian ini, diorang bukan nak pun".
Di akhirat kelak, menjawablah depan Tuhan.
Gambar sekadar hiasan. Pentingnya mengawal proses melapah dan proses agihan.
Kredit kepada penulis asal artikel, Ezry Fahmi yang berkongsi artikel ini di laman Facebook milik beliau. Semoga memberi manfaat buat para pembaca.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon