Suami perlu baca sampai tamat ...
Ada yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah kalau saya kata tak
* * * * * * * * * * *
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.
Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.
Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.
Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"
Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.
"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..
Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.
Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..
Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.
"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.
"Jom, kita cari pampers new born baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.
Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.
** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.
kisah benar dari Karyawan Bisu
Artikel ini asalnya dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook Yien Nur dan dikongsi kembali sebanyak 20000 kali. Semoga kita ambil pengajaran bersama.
Ads:
loading...
3 comments
Click here for commentsHahahahahahahah takde issue langsung.... suami dia ni memang asshole.
BalasNampak mcm xde apa2 issue, tp itulah kejadian semasa dlm berkeluarga yg kadang2 sgt menguji keharmonisn rumahtangga itu sendiri.
BalasHUhhh? Yang aku nampak bini dia macam macam hal. Dah tau tempat sesak nak gi jugak. Lepas tu bila husband ajak balik, monyok buat muka.
BalasLast last husband yang di persalahkan? Lembik la isteri dia ni.
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon