95-97% lelaki yang mempunyai kereta inginkan aksesori paling asas untuk kereta mereka. 2 perkataan, sport rim, Hampir semua lelaki mahukan sport rim yang menarik. Yang membezakan diantara mereka adalah poket, tahap kegilaan dan kesanggupan masing masing. Anda jenis yang macam mana?
a) Ada lelaki yang serta merta menukar sport rim apabila kereta yang dibeli sudah digenggam kuncinya.
b) Ada yang mengumpul duit terlebih dahulu kerana,
tayar baru bunga masih tebal, menukar saiz lain di anggap membazir,
kumpul duit kerana rim idaman agak mahal dengan situasi kewangan anda.
Apa pun sebab musabbab anda, diharap tidak melakukan benda bodoh seperti beli rim mahal, tapi duit sewa umah lupe bayar, atau duit ansuran kereta terlupa bayar. OK balik kepada tajuk. Pastikan Ori baru beli? @ Janji nampak macam Ori ...
Sedikit info, tahukan anda pada mulanya kebanyakan rim aloy di buat dari aluminium dan magnesium untuk mengantikan rim besi pada kenderaan. Di reka untuk memberi impak visual (kecantikan) pada sesebuah kenderaan. Tetapi teknologi pada masa itu masih mundur dan banyak rim aluminium rosak kerana sifat aluminium yang lebut dan rapuh. Magnesium pula agak mahal, lama kelamaan setelah teknologi menghasilkan aluminium yang lebih berkualiti dan aloy yang lebih kuat, ia kembali popular dari rim magnesium.
Secara basic ada dua cara buat rim alloy. Casting (tuang dalam acuan) Forging (mampatan)
Casting atau Cast, : senang cakap cairan aloy dan tuang dalam acuan, bab casting ni aje ade bermacam jenis.
Kalau rim murah china memang pakai teknik paling murah dan cepat. Contoh jenama rim Jepun menggunakan teknik high quality / preasure ni ialah Enkei, Bukan main tuang aje. Kena pakai aluminum aloy yang berkualiti dan teknik casting yang berteknologi tinggi. Tekanan angin tinggi digunakan untuk memasukkan aloy cair dalam acuan, setelah itu acuan itu di panaskan dan diputar pada kelajuan tinggi. (macam buat pasu tembikar atas meja berpusing) Kompany macam ni biasanya mengeluarkan kos yang tinggi untuk R & D bagi produk mereka. Semuanya untuk ketahanan dan keselamatan penguna produk. Teknik cast mempunyai kelebihan pada rekabentuk rim, kerana aloy di mampatkan dalam acuan, berbagai jenis bentuk rim dapat dihasilkan. Mengikut prinsip Enkei, rim mestilah mampu milik, dan mempunyai ketahanan dan keringanan yang hampir menyamai rim teknik forging.
Forge atau Forging : senang cakap aloy pejal atau separa pejal di kompres menjadi bentuk rim. Teknik ini menghasilkan rim yang lebih keras dan ringan, tetapi bentuk rim agak terbatas. Proses ini juga lebih mahal dari teknik cast. (dah mesti la rim tu jadi mahal keluar kilang nanti) Antara jenama rim yang mengunakan teknik ni ialah , Volk racing dari Rays Engineering, SSR Wheel (siri forged )
Rim TE 37 yang leh-jen. Kenapa di panggil TE 37?? tahu tak? T E berasal dari "touring evolution" dan 37 dari berat rim tersebut. 3.7 kilo untuk rim 15" 6JJ.. ringan tu...
Rim CE 28.. antara yang harga second pun bleh beli moto sebijik. Tapi dia punya ringan memang best, cume duit pocket jer tak best
SSR adalah dari singkatan Speed Star Racing.. ala macam FKR.. Fung Keong Rubber
kalau nama tauke workshop Saripuddin Bin Ali. letak jer SBA racing. terus best...
ssr type F. (fantastic four.. hahahahaha)
SSR type X. legend ni.. ringan pun ringan. Rim ini guna teknik semi solid forging (SSF) ini trademark rim flagsip (premium) SSR.. jangan tak tahu..
Ori atau replika.?
Semuanya berkenaan Duit, Sebagai contoh, rim original SSR type F 15" baru mungkin dalam anggaran harga 4k++ dan terpakai dalam harga 2-3K bergantung pada kondisi. Tetapi rim replika mungkin berharga 1k-700 baru dan 400-600 terpakai.
Kepuasan. Ramai orang inginkan gaya dan trend terkini. akan tetapi trend rim terkini dari jepun mungkin membuat anda tergamam dengan harganya. Ada sebab mengapa produk jepun mahal, lagi pun kebanyakannya dihasilkan dengan kualiti yang bagus. Cuma yang tak bagus harganya, dengan tukaran matawang yang tinggi kita memang tidak termampu nak ikut gaya hidup sana. Tapi kalau dapat yang ori memang pueh hati kan?...Replika memang murah, tetapi ada risiko kerosakan produk. Tapi ade yang tak kisah, janji bergaya...
Keselamatan, Rim berkualiti original di reka supaya kenderaan boleh di pandu setelah sport rim menerima impak yang tinggi. Rim diuji dengan ketat supaya dapat bertahan pada situasi tekanan tinggi seperti pelanggaran dan pemanduan aggresif (track) . Kalu rajin gi kat you tube dan tgk ujikaji pada rim replika. semuanya hancur dan retak setelah dikenakan ujikan impak atau perlanggaran. Google "dangerous fake wheel"
Rim tiruan mempunyai kerapuhan yang tidak dapat di jangka. Nak pakai boleh. tapi berhati hati
Originality....Di USA, ramai orang menggunakan rim replika. Tetapi disana juga terdapat grup yang menggalakkan peminat automotif mengunakan barangan original. Mereka berpendapat jika kita menyokong barang replika kita seperti membenarkan kecurian harta intelek berlaku secara berleluasa. Perlu diingat syarikat menghabiskan wang dan masa untuk mengkaji supaya dapat menghasilkan produk. Dan ini adalah tidak adil bagi mereka. Di sana harta intelek adalah titik peluh dan harga tenaga kerja manusia.
Mane satu Ori ... Macam mane nak kenal rim ori dan tak ori. Banyak cara, cuma yang kita marah kalau rim pirate dijual pada harga yg hampir ori atau di declare ori pada harga sale. Kalau "mau mana satu? ori ka.. replika ka??" senang cerita. Salah satu cara mengenal rim japan adalah pada cop "MADE IN JAPAN" atau pun production stiker dalam dan luar gegelung (barrel) rim. Tapi semua itu boleh di tiru dan sticker boleh di order/ reprint. Antara cara yang paling selamat tanya tauke kedai betul betul serius atau, pegi kedai rim yang khusus jual rim japan ori. pegang dan angkat tanpa tayar. Dari situ boleh agaklah berat nya macam mana. 1st time saya angkat rim jepun. terkejut dengan keringanannya. Biasa dok angkat rim taiwan jer.
Tak semua rim jepun ade cop made in japan. Kalau tak caya korang cuba cari TE37 generasi yang awal awal dulu. Dulu depa target pasaran japan sahaja. Bila dah glamer ramai yang ciplak, extra engraving dan embossed di perkenalkan.
Rim TE 37 generasi awal, langsung takde tulisan embossed 'made in japan' 'forged' 'monoblock' .. tapi yang penting ori.... Bila Rays Engineering di tanya "kenapa buat rim pakai proses forged yang mahal dah payah? " ...'keselamatan pengguna adalah yang paling penting, sekurang kurangnya kereta anda masih boleh di tolak ketepi jika ada pelanggaran. kerana rim masih "in one piece"
Kesimpulan. Semuanya terpulang pada anda. Early generation replika, macam rim taiwan masih mempunyai standard yang , menghampiri OEM (original equipment manufacturer) . Jika anda pentingkan keselamatan, rim OEM yang datang pada kereta asal biasanya bawah jenama JRD, BSA, Enkei dan lain lain masih lebih bagus dari rim replika China. Rim China ada gred grednya. Tapi untuk maksimumkan profit kebanyakannya gred rendah dibawa masuk ke negara ini.
Dengan akhir kata. Selamat memilih. Majulah rim untuk negara!!
sekian
Artikel ini dikongsi oleh page laman sosial Facebook Viva Pro2 Club. Kredit kepada penulis asal artikel. Semoga memberi manfaat kepaa semua pembaca Timun Bulat.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon