DIBELASAH TERUK : SALAH SIAPA ?
Ini adalah rekod kekalahan paling teruk dalam sejarah dan ia memang hari yg gelap untuk bolasepak Malaysia. Di kala Thailand dan negara negara Asia Tenggara yang lain meningkatkan mutu bolasepak kita pula sedikit mengundur. Ibarat iklan persaingan plan internet di TV, jika yg satu dapat 5 kami beri anda 2 kali ganda iaitu 10. Calar maruah kita.
1. Dollah Salleh
Ini adalah streak tanpa menang sekali lagi. 11 perlawanan away terakhir kita cuma skor 8 dan bolos 31 (GD-23). Dollah mungkin menjadi orang yg paling dikecam dengan isu taktikal dan pengurusan tetapi bagi saya beliau adalah bukan 100% untuk dipersalahkan kerana dalam macth menentang LFC di bukit Jalil beliau membuktikan dengan tambahan pemain import yg ada kualiti yg baik beliau mampu mendapatkan keputusan.
Namun Dollah Salleh tetap bertanggungjawab di atas pemilihan pemain dan juga ketidakmampuan untuk membentuk pasukan yg menyerang atau bertahan. Tak ada recognized tactic. Kerapkali mengubah taktikal dan formasi.
Sebab kenapa saya cakap beliau membazir perlawanan persahabatan menentang Bangladesh dengan eksperimen yg drastik dan tidak ada kemampuan menggunakan taktik itu untuk game ini. Ia adalah satu satunya medan untuk menguji pemain yang sesuai dengan taktik dan bukan taktik yg sesuai dengan pemain.
2. Recognized Tactic dan Core Players
Memang setiap game akan ada formasi berbeza berdasarkan lawan namun recognized disini bermaksud kita sudah ada 2 atau 3 plan utama dalam game kita dan cuma memikirkan isu fitness dan juga form pemain untuk memecah masuk. Jepun dari dulu dengan 4-5-1 dan mereka cuma modify sedikit atas keperluan seperti 4-3-3. Yang lain cuma subs tactic. Jepun sentiasa ada pemain free role no.10. Dulu ada Nakamura, kemudian ,Honda dan kini Kagawa. Honda pula diletakkan di role lain bila Kagawa ada.
Isu recognized 11 dengan berberapa core players / pemain utama. Core player bermaksud kelompok pemain berkualiti yg kena ada dalam pasukan yang ada kunci kepada taktikal jurulatih tal kisah la dalam formasi apapun, mereka akan menjadi pemain penting untuk playmaking dan build up. German berjaya sebab mereka mengekalkan core asukan yg hampir sama dengan kelayakan. Dan kehilangan Reus di Piala Dunia, mereka tetap berjaya. Klose tetap dibawa kerana taktik mereka perlukan Klose walaupun ramai striker yg lain lebih baik , namun tak semua pemain yg bagus boleh membentuk pasukan. Pilih pemain lebih awal berdasarkan potensi dan bukan yang dah out of form.
Kemudian Spain sekian lama kena ada Xavi, Iniesta dan Alonso. Mereka adalah kunci kepasa tactic. Sebab kenapa Brazil hari ini masih mencari tactical DNA dalam pasukan sebab tak ada pemain yg menjadi panduan dan core kepada taktikal. Di negara kita pemilihan pemain adalah sangat terhad kerana beza cuma form dan fitness sedangkan kualiti hampir sama.
3. Pembangunan
Kita sangat cepat untuk blame pembangunan dan akar umbi. Dalam Malaysia, kita sangat bagus mengruskan budak budak dan remaja tetapi graf pengurusan berkadar negatif bila semakin senior. Dah menjadi salah satu lumrah orang Malaysia bila makin tua makin ego dan isu profesional adalah kedua. Pemain masa muda tak merokok, jaga makan walaupun tak seketat di Eropah. Namun bila dah senior , semua kepala masing masing. Di Eropah minum coke atau fanta pun pemain boleh ditolak gaji kerana mereka milik kelab apatah lagi merokok dan makan makanan yg berkolestrol. Tak ada nutritionist nak mengawal dan memantau sampai ke dapur sebaliknya pemain sendiri yang kena buat.
Kita ada sekolah sukan namun ia lebih kepada olympian sports. Bukan sekolah sukan yg benar benar bolasepak. Kita ada akademi namun masih kurang kualiti dari semua aspek. Kita fokus kepada mencari bakat dan menjadi feeder kepada pasukan negeri dan bukan fokus kepada at least Piala Asia.
Kita pakai pemain tetapi tak membangunkan pemain. Cesc Fabregas dibangunkan Spain menjadi false 9 dalam masa singkat. Manakala Gerrard dulu dibangunkan menjadi pemain versatil oleh England. Neymar dibangunkan menjadi wing forward sedangkan beliau adalah striker tengah. Kemudian kita melihat bagaimana Portugal dan Manchester United membangunkan Ronaldo menjadi goal machine winger. Mereka develope pemain dan memberi nilai tambahan bukan sekadar pakai sampai tak boleh pakai.
4. Pemain
Faktor yang paling besar dalam mana mana pasukan bolasepak. Cakaplah macamana taktik sekalipun jika teknikal kita lemah memang tak akan jadi. Pemain adalah seperti enjin dalam pasukan. Kalau enjin rosak dan tak cukup power memang susah. Controll, passes, moves dan banyak aspek asas teknikal kita lemah. Saya tak rasa Pep guardiola akan berjaya dengan kualiti pemain yg sedia ada.
Pemain sendiri patut ada tekad untuk pembangunan diri. Safee sali dulu sanggup ke Indonesia dan mencuba trial ke cardiff City dengan Safiq Rahim. Kemudian Akhmal Rizal berkelana lama di luar negara. Jangan nak jadi jaguh kampung sahaja dan dipuja di negara sendiri sebab jadi hero liga Super. Isu susah cari makanan Halal , di England berlambak player muslim, di Korea dan Jepun pun ramai player muslim, di Spain , Italy semua ada player muslim yg menjadi proven players. Kenapa mereka berjaya dan tak ada isu dengan makanan halal ? Adik beradik Toure dah berdekad di Eropah.
Di German negara yg signifikan dengan Bir dan bacon, pemain seperti Ali Karimi, Altintop beradik, Nuri Sahin, Ribery dan ramai lagi tak ada masalah untuk berjaya. Nicholas Anelka bermain sampai ke China , tak pernah ada isu. Ini zaman globalisasi dan ia alasan mengarut.
Pemain kita tak kompetitif. Yang ada cuma keinginan untuk bermain, jika hilang fokus maka keinginan pun hilang dan melalut di padang. Negara kita cuma kompetitif untuk sukan yg ada menggunakan 'alat' dan bukan fizikal 100% kecuali acara terjun. Badminton, hoki, skuash antara contoh sukan beraket dan ada alatan lain. Kalau full physical dan duel memang sukar. Sebab itu kita perlu main dengan otak melebihi fizikal. Bermain intelligent football seperti yg dilakukan Korea Selatan, Jepun, Costa Rica dan Spain yg rata rata pakai pemain graviti titik rendah.
5. FAM
Sekali lagi setiap apa keputusan melibatkan bolasepak , mereka adalah badan yg wajib menjawab. FAM memang relevan sebab mana mana negara ada FA mereka. Cuma orang yg menjadi kaki dan tangan dalam FAM adakah cukup bagus ? Saban tahun KPI rendah ditunjukkan.
Adakah unit unit yg dibentuk cukup relevan utk memberikan input dan output ? Pengurusan, plan pembangunan , pusat data dan statistik dan pemilihan backroom staff yg betul ? FAM harus dirombak dan perlu mengambil langkah pragmatik untuk mengkaji model yg digunakan di negara lain. Ia bukan wake up call lagi, ia adalah 'tepuk' call sebab wake up call dah lama dulu dah.
KESIMPULAN
Ini bukan salah seorang sahaja, ini tanggungjawab banyak pihak untuk menjawab. Even world class coach sekalipun tak akan mampu 'hidup' dengan team yg serba serbi masalah dengan teknikal apatah lagi Dollah Salleh. Saya bersetuju dengan coach kelas dunia kerana at least mereka ada keupayaan untuk menambahkan 30-40% keputusan daripada yg kita dapat daripada sumber yang sama. Jelas sekali realiti bolasepak kita amat perit, ia memerlukan satu lagi restart button dan memerlukan satu kepakaran bukan sahaja dari jurulatih tetapi backroom staff.
Roy Hodgson di England dibantu oleh pakar pakar dari semua aspek dan pasukan saintis sukan dan sebagainya. Ini yg paling mustahak. Letia jurulatih perlu tahu secara holistik apa yg diperlukan dan meminta daripada FAM. Di Malaysia, Dollah Salleh menggunakan model yg lama dengan yg sudah ada sebelum ini. Mungkin era K. Rajagobal kita cuma jaguh di Asia Tenggara kerana overperform dan kita sangat mudah berpuas hati sedangkan Thailand dan Vietnam sudah bercita cita untuk menjadi peserta setiap edisi Piala Asia.
Jadi sekian sahaja post mortem saya. Jangan ada komen menyatakan , sembang boleh la, cuba main. Kami adalah penyokong , kami jalankan 'profesion' kami. Dan anda jalankan taktikal kami demi anda. Kami juga melabur masa dan wang. Bayar astro dan berebut remote tv dengan bini dan mak mertua. Menghabiskan kuota data dan bayar wifi untuk baca update dan highlight. Sanggup buat alasan dengan bos kalau kerja shift semata mata nak pergi tengok bolasepak Malaysia. Taktikal bahaya yg merisikokan kerja dan punca pendapatan dan bini tarik muka malam malam. Pastu dengar plak mereka cakap, bukan pernah menang pun. Beli tiket , mafla, jersi walaupun gred 15 ringgit. Henjut motosikal laju laju bila matchday ,risiko nyawa tu bang. So ? Adakah kami tak berhak mengkritik ? Kami tak dibayar sesen pun untuk ke stadium apatah lagi gaji puluhan ribu atau prasarana hotel kelas A bila away day atau ke tempat jauh. Kekadang tidur airport atau dalam kereta. So do your job coz i am doing mine!
Terima kasih, ini pendapat peribadi dan bukan profesional. Anda berhak meluahkan pendapat anda.
Kredit kepada penulis asal artikel ini, Axello Tacts yang dikongsi di laman sosial Facebook milik beliau.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon