loading...

"Kenapa Allah bolak-balikkan badan Pemuda al-Kahfi yang ditidurkan selama 309 tahun itu?"



"..Wanuqollibuhum zaatal yamiini wa zaatassyimal; Dan kami bolak-baikkan mereka (ashabul kahfi) ke kanan dan ke ke kiri.." [18:18]

Baca ayat ini teringat pulak persoalan yang dipernah ditimbulkan oleh Dr Omnia (lecturer pathology) masa awal-awal semester;

"Cuba fikir, agak-agak kenapa Allah bolak-balikkan badan pemuda al-kahfi yang ditidurkan selama 309 tahun itu?"

Lebih kurang gitulah pertanyaan lecturer. Selepas beberapa orang dalam kalangan kami try jawab, Dr Omnia terus sambung..

"Untuk mengelak daripada berlakunya ‘bedsores’; sejenis ulcer pada bahagian kulit yang boleh tembus hingga ke dalam muscle dan tulang." *Macam dalam gambar

Puncanya?

Sebab tidur terlentang atau duduk dalam jangka waktu yang agak lama tanpa bergerak-gerak sehingga menyebabkan adanya tekanan yang berterusan pada bahagian kulit yang ada bonjolan tulang (on bony prominent).

Paling common di bahagian kulit yang cover; tumit, tulang sacrum, tulang sulbi (coccyx), atau tulang pinggul. Siku, buku lali, lutut dan bahagian belakang kepalapun boleh kena.

Apabila tekanan semakin tinggi, bekalan darah di bawah kulit terputus. Akibatnya cells dan tissues di bahagian tersebut mati (ischemic necrosis). Sehingga berlakulah ulcer yang boleh menembus sampai ke dalam.

Kalau dibiar tanpa rawatan, lama-lama ulcer tadi akan jadi gangrene; mereput dan berbau busuk (putrefaction). Haa cuba bayangkan. Dahsyatkan..

Dan Maha Suci Dia yang memelihara batang tubuh serta iman pemuda Al-Kahfi! Betapa benarnya firman Allah yang tidak ada sedikitpun keraguan padanya.

Siyesli rasa teruja dan bersyukur dapat belajar dengan cekgu medik yang suka kongsi tentang ilmu sains kesihatan dan kaitannya dengan beberapa ayat Al-Quran. Alhamdulillah! :’D

Artikel ini dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook AswanMati Pasti. Semoga memberi info dan manfaat buat para pembaca.

Ads:
loading...

Thanks for your comment