loading...

MENYAYAT HATI !! "Mak duduk la hospital lama sikit, xde la menyusahkan anak-anak !"



Pinjamkan sy 2 minit masa kalian. Bacalah kisah realiti dunia hari ini.

"Mak duduk la hospital lama sikit, xde la menyusahkan anak-anak".

Petang jumaat td, menziarahi nenek di hkb. Sambil menunggu urusan menukar wad nenek yang x sudah2, sempat berbual dengan seorang mak cik di katil sebelah.

Anak mak cik pandai2. Ada yang belajar di new zealand, ada yg belajar di situ, ada di sni. Senang cite ramai yg belajar oversea. Kerja pon best2. Ada yg buka kedai emas, ada yg kerja dgn syarikat ternama. Semakin galak mak cik bercerita. Berkongsi kegembiraan apabila anak-anaknya semua berjaya di DUNIA.

Part tu yg mak cik cite, part yg mak cik tu x cite, mak cik tu di hantar ke hospital oleh jiran. Mulanya mak cik tu menolak pelawaan jiranya utk menghantar beliau kerana ingin ke hospital sendiri. Setelah di didesak, baru lah beliau bersetuju. Mak cik pernah di tahan di wad beberapa kali, dan selalunya ke hospital sendiri, pulang pon sendiri, menaiki teksi.

Selalu mak cik menghilangkan diri. Setelah sekian lama, pulang ke rumah dengan kereta sewa. Jiran tetangga pasti bahawa ibu tua itu ke kuala lumpur menziarahi anak menantu serta cucu. Tidak, sebenarnya mak cik itu baru pulang dari hospital. Beberapa hari bermalam di wad. Pulangnya ke rumah menaiki kereta sewa kerana tiada anak yg menjemput, tiada jiran yg mahu disusahkan.

Mak cik tu tinggal di rumah sendirian. Apabila mak cik tu rasa tidak sedap badan, di rumah penghulu mak cik menumpang tidur, bimbang akan terjadi sesuatu dikala bersendiri.

Hebat betul ibu tua ini. Usia nya sudah 64 tahun. Semuanya cuba utk dilakukan sendiri. Supaya tidak pernah menyusahkan anak-anak. Pernah jiranya mempelawakan diri utk menemaninya di hospital. Lalu di jawab tidak perlu. Sy tahu, beliau mengharapkan anak-anak di sisi katil itu.

Mak cik, maafkan sy kerana berkongsi cerita ini. Maafkan adik sy kerana terdengar perbualan mak cik di telefon. Niat sy hanya mahu semua tahu. Kamu berjawatan besar, berkereta besar, berumah besar, berapa ramai diantara kamu yg berjaya di dunia, tetapi miskin di akhirat. Mungkin kamu akan mengalami benda yg sama. Sejarah pasti berulang. Roda akan brrputar. Fikirkan...

Esok ,mak cik speaking, tggu mash potato mak cik ya...

Wad 8 hrpz
Jumaat, 10/09/15

Kisah ini asalnya dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook, Wan Mohd Fikri di laman miliknya untuk tatapan para pembaca. Semoga memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua.

Ads:
loading...

Thanks for your comment