loading...

Tips Menjaga Kesihatan Semasa Jerebu

Nampaknya keadaan berjerebu semakin bertambah teruk. Makin banyak kawasan yang sudah mula mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) yang tidak sihat. Bila musim jerebu tiba, kesihatan akan mula terjejas.

Tips Menjaga Kesihatan Semasa Jerebu
Batuk, sukar bernafas, sakit dada, sakit mata dan gatal-gatal di kulit antara tanda-tanda ketidakselesaan yang berpunca dari jerebu. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan berpunca dari jerebu, elok ke klinik untuk mendapatkan rawatan awal. Jangan memandang remeh terutamanya jika melibatkan masalah pernafasan.

TIPS MENJAGA KESIHATAN SEMASA JEREBU

Musim jerebu ni, kita perlulah ambil langkah penjagaan awal. Kurangkan aktiviti di luar. Jangan benarkan anak-anak bermain di luar. Jika anak-anak ke sekolah, nasihati mereka agar tidak bermain ketika waktu rehat. Untuk anda yang suka berjogging atau beriadah di waktu pagi atau petang, elok hentikan untuk seketika. Lebih-lebih lagi jika IPU di kawasan anda berada pada tahap tidak sihat.

Seeloknya pakai topeng penutup hidung (mask) jika keluar rumah. Lebih-lebih lagi yang menunggang dan membonceng motorsikal. Anak-anak yang berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah pun, disyorkan pakai topeng penutup hidung. Ini untuk mengelakkan debu-debu memasuki saluran pernafasan dan membahayakan kesihatan.

Minum air suam secukupnya. Kalau boleh, minum air lebih dari kadar yang biasa anda minum. Ini untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Kerap mandi dan membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah untuk mengelak rasa-rasa gatal pada kulit. Kalau mata rasa tak selesa, titis air mata palsu untuk mengelak berlakunya jangkitan mata.

Untuk maklumat lanjut berkaitan IPU di kawasan anda, boleh layari laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sumber: tokeinfo.com

Ads:
loading...

Thanks for your comment