loading...

Seekor Gorilla Tak Nak Berpisah Dengan Anaknya Yang Telah Seminggu Mati



Oleh: Aimi Nordin. Sumber: DailyOnline

Ibu mana yang tak sayangkan anak. Binatang pun tahu sayangkan anak. Ya, memang betul. Inilah bukti apabila seekor Gorilla di Frankfurt Zoo di Jerman tidak boleh menerima kenyataan yang anaknya sudah mati dan masih cuba untuk bangunkan bayinya ini.

Gorilla yang bernama Shira ini berjalan dengan penuh ketakutan melalui sangkar di zoo tersebut dan terdesak untuk bayinya yang telah mati itu bangun. Kesedihan memang tak dapat dibendung lagi kerana dia kelihatan membawa anaknya ke hulu hilir, memeluknya dan menggoncang badan supaya anaknya bangun.

Pengarah zoo, Prof Manfred Niekisch berkata, “Khamis lalu dia OK pada waktu pagi tetapi menjelang tengah hari tanpa sebarang amaran dan tanda dia mati. Kami juga tak tahu apa sebabnya.” Pada waktu malam, Shira meletakkan anaknya yang telah mati di atas perutnya dan bangun dengan keadaan terkejut kerana anaknya masih dalam posisi yang sama dan tidak bergerak.

Ini adalah anak kedua Shira, dan malangnya ini merupakan anak kedua yang mati. Tahun lalu pada bulan Mei, anak pertamanya Tandu mati selepas berusia 6 bulan akibat dijangkiti virus. Shira perlukan masa dan ruang untuk menerima kehilangan ini. Dia sama seperti manusia, mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan anaknya.


Ads:
loading...

Thanks for your comment