loading...

Lelaki Ini Terbaring Di Lantai Pejabatnya Sendiri - Kisahnya Sangat Mengejutkan!



Baru-baru ini saya singgah ke pejabat beliau. Dia kelihatan tertidur kepenatan atas lantai setelah handle satu majlis 'test food' untuk sekumpulan customer yang bakal mengadakan sebuah majlis gilang-gemilang di satu venue terkenal di ibu negara.

Dia datang ke KL dari kampungnya di Kedah dengan sebatang kara, dengan hanya sijil berhenti sekolah untuk dijaja. Namun kerana tak mahu bergantung nasib pada majikan di negara ini yg MELETAKKAN SIJIL sebagai keutamaan, dia nekad menjual roti canai. Untuk itu, dengan berbekalkan RM70 dalam poket, dia pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di The Mall (waktu itu) untuk mendaftar sebuah syarikat - taraf enterprise je.

Walaupun masa itu ramai rakan-rakannya memandang sinis kerana merasakan adalah MEMBUANG DUIT mendaftarkan perniagaan (sebab nak buka warung roti canai je kot), namun dia percaya kalau nak berkat dlm perniagan, kenalah ikut syarat dan peraturan.


Sejak itu dia tidak berpaling lagi. Dari warung, berpindah ke restoran dan kini dia dah bergelar Pengarah Urusan setelah membuka pula perniagaan katering. Percaya atau tidak, dalam usianya yg baru mencecah 33 tahun, dia sudah mampu mengendalikan perniagaan katering untuk memenuhi permintan individu dan badan korporat!

Memang bukan mudah nak cari duit, dia sampai tertidur atas lantai, dalam kereta sebab punya nak berjaya dalam perniagaan namun dia tiada pilihan kerana itu saja resipi untuk berjaya - KERJA KERAS.

Semalam saya nampak dia ada satu lagi sijil pendaftaran SSM. Saya tahu dia pasti baru buka satu lagi company. Mungkin berkat sikapnya yang mahu berniaga ikut saluran undang-undang dan peraturan, Allah mudahkan perjalanannya. Wallahualam.

Kisah ini diceritakan dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Syahril A. Kadir di profil miliknya. Beliau merupakan pegawai khas kepada salah seorang menteri Kabinet. Kredit kepada beliau.

Ads:
loading...

Thanks for your comment