Makkah: 2 jemaah cedera dalam kebakaran bilik hotel MAKKAH
Kira-kira 1,000 jemaah haji dari negara Asia dibawa keluar dari hotel penginapan di sini susulan kebakaran yang menyebabkan dua orang cedera, menurut agensi pertahanan awam Arab Saudi.
Anggota bomba "menyelamat dua jemaah yang cedera" akibat kebakaran di sebuah bilik di tingkat lapan sebuah hotel yang tidak dinamakan.
Lebih sejuta jemaah berada di Makkah untuk menunaikan haji tahun ini.
Agensi terbabit juga tidak menyatakan kewarganegaraan jemaah terbabit atau punca kebakaran itu.
Sekurang-kurangnya 107 jemaah terkorban Jumaat lalu apabila sebuah kren pembinaan tumbang di Masjidilharam. -Bharian
PENGHUNI kelihatan menyelamatkan diri keluar dari hotel penginapan yang terbakar di Makkah. - Foto ihsan https://twitter.com/radioislam |
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon