loading...

WIRA MELAYU YANG TAK DIDENDANG......MANA PENGHARGAAN SEPATUTNYA???



CAPT MOHD RAUS B ABD MANAF (R)Pada 27 Mac 83, Beliau telah terlibat dengan satu operasi mencari dan memusnahkan PKM di kawasan hutan Grik, Perak .Pada ketika itu beliau berpangkat LT MUDA dan sedang mengetuai satu troop dari Skn Yankee 21 Kdo. Semasa di dalam kawasan operasi troop tersebut telah berpecah kepada 3 kumpulan, dan ini bermakna , setiap kumpulan berkekuatan antara 10-12 orang sahaja. Kira kira 2 hari berada di dalam kawasan tanggungjawab, kumpulan yang dipimpin oleh Lt Muda Mohd Raus, telah terjumpa dengan satu penempatan yang dipercayai sebagai khemah musuh. Beliau seterusnya telah membuat ‘close target recce’ [ tinjauan rapat ke sasaran] dah setelah memperoleh maklumat lengkap berkaitan dengan kedudukan kem PGKM serta komposisi anggota PGKM, beliau telah merancang untuk melaksanakan satu serangan ke atas kem tersebut.

Pada 30 Mac, jam lebih kurang 0130 pagi, di dalam keheningan dan kegelapan malam, kumpulan Lt M Raus, telah bergerak merapati sasaran. Dari pengalaman Den, pergerakan ini bukanlah mudah kerana keadaan hutan yang tebal serta kemungkinan besar kumpulan tersebut tidak mempunyai peralatan seperti Nigth Vision Google, akan menyukarkan lagi pergerakan mereka. Walau bagaimanapun, berkat latihan dan semangat juang yang tinggi mereka berjaya menghampiri sasaran tanpa dapat dikesan oleh pihak PGKM. Setelah semuanya berada di dalam kedudukan yang dirancang, tepat pada jam 0600 pagi mereka telah bergerak semula untuk merapati sasaran.

Semasa merapati sasaran , beliau telah melihat terdapat dua susuk tubuh manusia yang dipercayai sebagai PGKM sedang bergerak menuju ke arah beliau dengan menggunakan lampu picit. Melihat kelibat tersebut semakin hampir maka, Lt M Raus telah melepaskan tembakan dan mengenai salah seorang dai anggota PGKM tersebut. Tembakan tersebut telah mengejutkan semua PGKM yang berada di dalam kem itu [dianggarkan seramai 8-10 orang ] dan mereka seterusnya telah berbalas-balas tembakan. Walau pun keadaan pada masa itu masih agak gelap, pertempuran terus berlaku di antara kedua belah pihak. Mungkin kerana khuatir akan bilangan pasukan keselamatan yang menyerang atau memang telah menjadi taktik pasukan PGKM, semasa bertempur dengan pasukan keselamatan, maka pihak PGKM telah membuat pengunduran . Keadaan menjadi senyap sunyi setelah mereka berhenti tembak-menembak hampir 30 minit dan pada waktu itu mentari pun dah mula menampakkan diri.

Semasa ‘pembersihan kawasan’ selepas serangan tersebut, mereka telah menjumpai 2 mayat anggota PGKM, 3 laras senjata, sejumlah peluru dan bekalan makanan yang telah ditinggalkan oleh pihak PGKM semasa pengunduran. Berdasarkan kepada kesan darah di kawasan kem tersebut, adalah dipercayai sekurang-kurangnya 2-3 orang lagi anggota PGKM yang telah cedera dan sempat melarikan diri. Sementara itu, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan berlaku ke atas kumpulan Lt M Raus yang hanya berkekuatan 10 orang itu .

Walaupun serangan tersebut berjaya dan boleh dianggap sebagai sesuatu yang unik memandangkan kekuatan pasukan, masa dan situasi serangan tersebut dilancarkan ia tidaklah di ‘war-warkan’ sebagaimana yang sepatutnya. Lt M Mohd Raus bin Abd Manaf, hanya di anugerahkan pisau tempur di atas kejayaan beliau di dalam melancarkan serangan ke atas pihak PGKM tersebut pada 1 Mac 1985, iaitu dua tahun selepas kejadian tersebut.

BELIAU KINI TELAH BERSARA DASN HANYA MENJUAL UBAT2 TRADISIONAL BG MENYERA KEHIDUPAN.APAKAH WIRA SEBEGINI HARUS DILUPAKAN JASASNYA BERBDANDING ARTIS2 YG HANYA MELALAK TAK TENTU ARAH TAPI LAYAK MENDAPAT PELBAGAI GELARAN HANYA KERANA MEREKA MEMPUNYAI RAKAN2 ORG BESAR YG SAMA2 BERMAIN GOLF?..=WRA=

Artikel ini asalnya dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook Weaponmaster Red Aenid untuk tatapan para pembaca. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Ads:
loading...

Thanks for your comment