loading...

(VIDEO) Penampakan Bebola Api Seperti Meteor Di Langit Bangkok Isnin Lepas



Warga Thailand dikejutkan dengan penampakan bola api dipercayai  meteor yang melewati langit di siang hari.

Bola api tersebut kelihatan seperti terbakar, lalu beberapa saat kemudian terus meledak di angkasa dan menghilang. Kejadian ini berlaku pada hari Isnin(7/9/2015)  di Nonthaburi, Thailand, sekitar 20 kilometer dari Bandar Don Mueang.

Menurut laporan media tempatan, tidak ada kejadian kecelakaan berlaku setelah meteor itu jatuh ke bumi. Terdapat juga spekulasi yang mengatakan objek yang jatuh itu ialah satelit dan juga kapal terbang tetapi seorang ahli astronomi menafikan khabar angin tersebut.

“Pastinya sebuah meteor, saya yakin kerana ianya sangat laju dan (cahaya) sangat terang,” kata Voravit Tanvuttibundit dari Insititusi Penyelidikan Astronomi Thailand.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh penduduk setempat dan memuatnaik ke   akaun Youtube miliknya, Porjai Jaturongkhakun.


Sumber dari Sinar Harian



Ads:
loading...

Thanks for your comment