loading...

KEMASKINI: (Video & Gambar) Imam Masjid Negara Ditampar Oleh Warganegara India Semasa Tengah Imamkan Solat Jumaat Sebentar Tadi !!




Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 Masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.



Tadi tgh solat jumaat di masjid negara, tgh imam baca surah, ada org rampas microfon, pastu jerit2 .. U go back... U go back.. Tak pasal2 kena mula balik solat..
Posted by Shaiful Izam Shahruddin on Thursday, September 17, 2015




Sewaktu rakaat pertma td imam sedang baca ayat selepas alfatihah dtg seorg pak arab tampar muka imam gile ke pe... Aishh.. Ade saka kot dlm badan
Posted by Mata Kuyup Kuyup on Thursday, September 17, 2015


Sedikit kekecohan berlaku di masjid negara.Imam ditampar (suspek org arab) ketika solat jumaat, terpaksa memberhentikan solat dan solat disambung semula.I'm here
Posted by Mohammad Faizal on Thursday, September 17, 2015

Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.
[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat. pic.twitter.com/2M83Vj3vBX




@501Awani: Video sedikit kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut dibawa ke balai polis.
Posted by Astro AWANI on Thursday, September 17, 2015



Kredit gambar: Astro Awani


Bagaimanapun sehingga kini kami belum dapat mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak demikian. Berita selanjutnya akan dikemaskini. - Siakapkeli.my

Kemaskini: Kuala Lumpur: Polis mengesahkan lelaki yang terbabit menampar imam Masjid Negara hari ini adalah warganegara India.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh pihak pengadu (imam masjid negara)," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 37, ditampar suspek yang datang dari arah belakang barisan makmum.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang mengalami masalah mental ingin mengimamkan solat jumaat pada hari ini di Masjid Negara sebelum berlaku insiden berkenaan.



Ads:
loading...

Thanks for your comment