loading...

Herba Daun Patawali - Salah Cara Guna Boleh Membunuh! - Penjelasan Pegawai Farmasi



Bumi Malaysia sangat bertuah kerana memiliki pelbagai tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan dan kesihatan. Khasiat perubatan dan ilmu penggunaannya dalam kalangan masyarakat telah diturunkan daripada satu generasi ke generasi melalui amalan nenek moyang.

Walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini khasiat tumbuhan-tumbuhan herba ini telah mula dibuktikan melalui kajian saintifik dalam makmal. Bukan sahaja kajian dilakukan untuk mengkaji bahan aktif yang memberi kesan terapeutik, malah kajian toksikologi atau kesan toksik juga dilakukan bagi membuktikan aspek keselamatan penggunaannya.

Oleh itu terdapat beberapa tumbuhan herba yang telah dibuktikan secara kajian saintifik dalam makmal mempunyai nilai perubatan, namun dalam masa yang sama kajian kesan toksik (toksikologi) tumbuhan ini pula menunjukkan perkara sebaliknya seperti kerosakan hati dan buah pinggang jika diambil dalam jangka masa panjang atau dos berlebihan. Justeru kenyataan seperti tubuhan herba bebas daripada kesan mudarat atau kesan samping yang berbahaya kerana berasaskan sumber semulajadi adalah kurang tepat.

Salah satu tumbuhan herba yang kerap digunakan dalam kalangan masyarakat yang mempunyai khasiat perubatan dan dalam masa yang sama ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengetahui bahawa ia juga mempunyai kesan toksik yang berbahaya adalah tumbuhan Tinospora crispa atau nama tempatannya adalah Patawali atau dikenali juga dengan nama Akar Seruntum atau Akar Patawali.

Patawali adalah sejenis tumbuhan menjalar dan boleh menjalar sehingga pada ketinggian 15 meter dengan menumpang pada pokok besar. Batang pokok ini menggerutu dan bergetah. Daun Patawali adalah besar, berkilat dan kelihatan seperti lebaran daun sirih. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit. Batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat perubatan. Batang ini akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum direbus dan diminum air rebusannya.

Patawali dipercayai boleh merawat sakit kulit, mengawal tekanan darah tinggi dan mengawal paras gula dalam darah. Selain daripada itu Patawali juga digunakan secara tradisional dalam rawatan batuk, lelah, sakit gigi, sakit perut dan disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.

Walaubagaimanapun kajian kesan toksik menunjukkan penggunaan ekstrak air rebusan tumbuhan ini dalam jangka masa panjang bolen menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Justeru penggunaan tumbuhan ini dalam kalangan pesakit darah tinggi atau diabetes yang telah mempunyai masalah kegagalan buah pinggang adalah berbahaya dan perlu dihentikan pengambilannya secepat mungkin. Wanita hamil juga dilarang mengambil ekstrak air rebusan ini kerana boleh menyebabkan keguguran.


Konsep rawatan menggunakan tumbuhan herba dalam kalangan pengamal tradisional adalah mengambil semua yang terkandung dalam tumbuhan tersebut. Sebab itu, kaedah rebusan menjadi pilihan kerana semasa tumbuhan herba tersebut direbus kebanyakkan bahan yang terkandung di dalamnya akan keluar ke dalam air rebusan. Seterusnya air rebusan tersebut akan diminum untuk mendapatkan khasiatnya.

Namun, kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan kesan perubatan dan terdapat juga bahan yang berbahaya atau toksik dalam air rebusan tersebut. Sekiranya pengguna minum air rebusan tersebut, pengguna akan mendapat bahan aktif yang akan memberi khasiat perubatan dan akan menerima kesan toksik daripada bahan kimia berbahaya di dalamnya.

Justeru pengambilan air rebusan tumbuhan patawali ini dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Bagi pengguna yang telah lama mengamalkan minuman air rebusan tumbuhan ini, elok sekiranya melakukan saringan kesihatan untuk melihat tahap kesihatan hati dan buah pinggang agar pemantauan dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan oleh anggota kesihatan.

Pihak pengguna dinasihatkan agar melakukan lebih pembacaan berkaitan sesuatu tumbuhan herba sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya sebagai sumber rawatan alternatif. Pendekatan bertanya dengan ahli farmasi juga merupakan suatu tindakan yang bijak kerana ahli farmasi dapat memberikan nasihat yang tepat berkaitan ubat-ubatan dan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat perubatan serta profil keselamatan tumbuhan herba tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88-6722.

Disediakan Oleh:
Mohd Dziehan Mustapa
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM


Artikel diterbitkan di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rujukan rakyat awam. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Ads:
loading...

1 comments :

Click here for comments
December 8, 2021 at 10:11 PM ×

Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Selamat Nur haura afeeya dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment