loading...

Wanita Bunuh Suami Kerana Curang Kemudian Bunuh Diri



Seorang wanita bertindak menikam suaminya sehingga maut sebelum bertindak membunuh diri selepas lelaki itu dikatakan curang.

Kejadian tersebut yang berlaku di Taieipei, Taiwan hanya disedari selepas polis memeriksa kediaman pasangan itu susulan menerima aduan daripada jiran yang tidak melihat pasangan itu sejak beberapa hari.

Semasa pemeriksaan, polis menjumpai mayat seorang lelaki berusia 56 tahun di katil dengan beberapa kesan tikaman di badan sementara mayat seorang lagi wanita ditemui di dalam tandas.

Wanita berkenaan dipercayai membunuh diri dengan menghidu racun.

Polis turut menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan wanita terbabit.

Menerusi nota tersebut, wanita berkenaan kecewa dengan perbuatan suaminya yang mempunyai hubungan terlarang bersama wanita lain yang kini mengandung anak suaminya itu.

Dia membunuh suaminya kerana tidak dapat menerima perihal kecurangan itu dan kemudian bertindak membunuh diri kerana tidak boleh hidup tanpa suaminya. - Sinar Harian


Ads:
loading...

Thanks for your comment