loading...

TAK BERHATI PERUT !! Luahan Kecewa Peniaga Air Kathira Di Bahu Jalan Yang Di Sita Oleh Pegawai Penguatkuasa


===========
Pengorbanan
===========
.
Ramai yang anggap berniaga ni perlu peralatan lengkap, perlu ada kedai yang sempurna dan serba serbilah sedia. Selalunya ramai yang terpengaruh dengan teori dan terpengaruh dengan modul-modul keusahawanan yang di anjurkan disini sana. Berniaga ni semuanya cantik.
Sebenarnya, berniaga ni perlulah buat dari yang kecil-kecil dulu. Kena belajar rasanya dulu, kena belajar ilmu barangnya dulu. Kena tahu keluar masuk pelanggan, kena tahu margin sesuatu barang.. kena belajar menjual dulu dan cuba dulu.
.
Itulah sebabnya....
.
Sebelum buka kedai besar kena belajar menjaja dulu. Cuba dulu baru tahu. Kadang-kadang orang kita belum apa-apa dah berhutang. Beli mesin itu, beli mesin ini dan meminjam dari bank. Belum apa-apa dah disemai benih hutang. Belum berniaga dah berakar hutang keliling pinggang.
.
=================
Hina sangat kah aku
=================
.
Bila saya ke beberapa negara seperti thailand dan indonesia penuh warganya menjaja ditepi jalan. Ada satu tempat saya pergi, buat kilang biskut dan coklat yang pakejingnya cantik. Ditanya ambil dikilang mana, mereka kata buat di belakang rumah sahaja bersama jiran.
.
Ketahuilah wahai kawanku.
.
beberapa bulan lepas minyak naik harga. Ramailah yang bising disini sana. Saya faham dalam semua keadaan, saya tak mahu komen.
.
Ada yang kata " kita pantau 24 jam supaya barangan tidak dinaikan harga ". Kelakar juga saya dengar, sesetengah peniaga dibenar naikkan harga dan setengahnya diarah supaya mengikat perut.
.
Seingat saya semua produk saya termasuk harga hotel dimpian tidak naik sejak 7 tahun dulu walaupun tarif air dan elektrik dah berapa kali naik. Lambat bayar dipotong...
.
Sedarlah sahabatku.
.
Berniaga ni bukan lah mudah. Yang baru nak cuba-cuba berniaga tu janganlah diganggu. Ditanya " dah ada lesen?, dah ada itu dan pergi khusus ini " . Jika belum anda didapati bersalah.
.
" abang kalau tak nak kena kacau...berniaga lah kat kampung. Kat pekan ni tak boleh menjaja.". Kata pegawai tu beri nasihat kepada saya satu ketika dulu.
.
Berniaga ada prinsipnya
.
" berniagalah apa yang orang nak dan berniaga ditempat orang berkumpul-kumpul ". Berniaga tempat tak ada orang, siapa nak beli.
.
Mereka anak muda tu. Semangatnya tinggi , bila dah kuat sikit esok dah ada modal ..mereka akan cari kedai besar. Usah dirisau. Mereka maju mereka bayar zakat, mereka lebih bersedekah, mereka bayar cukai.
.
Dimarah jual nasi lemak jangan naik harga, jual kuih jangan naik harga, jual air jangan naik harga. Tapi semua barang naik harga. Kena bayar sewa kedai sampai 5k sebulan nak jual air dengan kuih je....lepas tu pegawai tu cakap lagi " memang orang kita tak pandai berniaga...tutup sini sana. Rugi sini sana. Baik bekerja je macam aku.".
.
Mereka tak mampu
.
Mereka tak mampu nak bayar tapak, masuk expo tapak dijual sampai beribu, diambil kesempatan penganjur. Tunjukan lah perkara yang benar bagi mereka...kesian mereka.
.
Janganlah diambil barang mereka. Mereka baru nak berniaga. Bukan senang nak beli. Bukan murah semua tu. Kami orang miskin...tak berduit. Tidur berlapik lengan , berbumbung langgit.
.
Berkorbanlah...

Luahan ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook, Baharuddin Mohamed. Semoga memberi manfaat buat para pembaca.

Ads:
loading...

Thanks for your comment