Artikel ini ditulis dan dikongsikan oleh Dr. Syamirulah Rahim di laman sosial Facebook milik beliau. Dr. Syamirulah merupakan seorang pegawai perubatan siswazah di sebuah hospital awam di Malaysia. Semoga para pembaca memperoleh manfaat daripada artikel beliau.
Hari ini saya oncall pasif, bermaksud selain saya perlu membantu di wad dan jabatan kecemasan, saya juga diperlukan di ambulans apabila menghantar kes-kes kritikal ke hospital-hospital besar.
Setakat hari ini dari pagi tadi, tak jejak tanah lagi! Kes bertali arus tidak berhenti di jabatan kecemasan hospital kami.
Ada kes yang sudah seminggu dua sakit, namun hari ini baru dibawa ke hospital oleh sang anak yang pulang ke desa dari kota.
Ada kes serangan jantung kerana terkejut ditempik lembu ketika hendak disembelih.
Dan tidak dilupakan, kes-kes demam selesema, maklumlah esok merupakan hari MC SeMalaysia. Ya, semua orang tahu, jadi tak perlulah buat-buat terperanjat. Tidak perlu saya tegaskan, bahawa kes-kes sebeginilah yang menyebabkan kes yang betul-betul kecemasan seperti serangan jantung, menjadi lambat dan tergendala.
Jabatan kecemasan, adalah untuk kes kecemasan. Kita bukannya restoran yang mengambil order "first come, first serve." Di musim perayaan, jika anda di triage green, maka sila expect untuk menunggu at least 4 hingga 6 jam, itu pun jika kes kuning dan merah selesai.
Di hospital saya hari ini, kes merah tidak berhenti-henti. Antaranya termasuklah seorang ibu mengandung yang datang dengan simtom impending eclampsia dan tekanan darah tinggi. Eclampsia adalah kes obstetric emergency, red alert apabila tekanan darah seorang ibu mengandung tiba-tiba meningkat diiringi dengan sawan. Ianya sangat merbahaya kerana boleh mengancam nyawa ibu dan anak dalam kandungan. Lebih merisaukan lagi, eclampsia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ibu mengandung walaupun anak pertama, walaupun ditag putih, tanpa boleh dikesan awal.
Atas sebab itulah, kes pre-eclampsia dan impending eclampsia, perlu diberi keutamaan berbanding kes demam pening biasa. Ia perlu dikesan awal, diberi rawatan awal, dan cepat dirujuk ke hospital besar sekiranya perlu. Setiap kelewatan boleh menyebabkan musibah kepada ibu dan kandungan.
Malangnya, zaman sekarang ini, walaupun kita berusaha memberikan rawatan terbaik kepada setiap ibu mengandung dari saat awal kandungan sehinggalah 42 hari selepas bersalin, masih ada segelintir ibu-ibu yang take it for granted malah memperlekehkan khidmat yang diberikan. Mereka ini tanpa segan silu sanggup menipu pihak doktor, selain menghasut ibu-ibu lain untuk menolak rawatan yang diberikan.
Lebih menyedihkan lagi, mereka ini terdiri daripada ibu-ibu muda yang berpendidikan, tinggal di kawasan kota/urban serta mempunyai status kewangan yang baik. Di saat ini, ada ibu mengandung di kawasan pedalaman Sabah Sarawak, yang sanggup berperjalanan bersampan berhari-hari demi mendapatkan pemeriksaan di hospital.
Apa boleh buat, seperti yang saya katakan, kita ini mudah take things for granted. Sehinggakan perkara yang asas, yang common sense pun ada yang tak dapat nak faham.
By the way, menyebut mengenai bab kewangan, ada rakan saya (bukan doktor) yang nakal mengusik,
"Ala Syamirul, engkau oncall hari ini mesti boleh claim elaun oncall banyak kannnnn..?"
Untuk pengetahuan umum, elaun yang saya perolehi pada hari ini untuk 24 jam oncall, adalah sebanyak RM140 sahaja.
Iaitu, lebih kurang RM 5.80 sejam.
Sekadar perbandingan, di musim perayaan ini, part time job di Burger King ditawarkan bayaran RM 9 sejam.
Kepada adik-adik yang baru berminat nak jadi doktor, atau adik-adik di medical school, suka saya ingatkan : tak ada orang nak jadi doktor, untuk jadi kaya!

Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon