BERTAUBATLAH!
Itulah perkara yang pertama dan paling utama dilakukan selepas melakukan maksiat. Bertaubat. Tidak kiralah anda tengok porn ke, mengumpat ke, tinggalkan solat ke, setiap kali anda melakukan maksiat kepada Allah, bertaubatlah. Jangan biarkan maksiat itu menjadi sebati dengan diri anda. Maksiat yang saya maksudkan ini dalam erti kata lain melakukan apa yang Allah larang atau meninggalkan apa yang Allah suruh. Tengok porn contohnya, merupakan suatu kesalahan yang sangat tidak bermoral samada dipandang dari sudut adab Melayu mahupun panduan Islam.
Saya berkawan dengan orang dari pelbagai latar belakang. Dari dulu sampai sekarang, semua orang yang saya kenal kalau ada yang mempunyai ketagihan ini biasanya akan melakukannya di malam hari, ketika berseorangan. Kalau ada orang lain tahu pun disebabkan tidak sengaja. Terkantoi. Tapi kebelakangan ini, saya terjumpa beberapa orang remaja yang dengan terang-terangan mengaku dia telah menonton itu dan ini. Menjijikkan!
Ketika bermain futsal, apabila bola dijaringkan, tiba-tiba dikeluarkan beberapa perkataan lucah seperti @$!%#@$ ataupun #!@#%. Sedang melepak di kedai mamak, tiba-tiba ada yang buka cerita "semalam aku tengok ini main depan, itu main belakang". Ada pula yang tiba-tiba menunjukkan koleksi video dan gambar yang disimpan dalam telefon pintar masing-masing. Tak rasa malu ke? Telefonnya pintar, pemakainya dungu.
JANGAN CERITAKAN
Mungkin hadis ini tidak popular di kalangan remaja, tetapi RasulUllah s.a.w. pernah mengingatkan kita dengan sabdanya:
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله، فيقول : يا فلان، عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه.
(أخرجه البخاري عن أبي هريرة - رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ - رقم 6069)
Maksudnya: Seluruh umatku diampuni kecuali al-mujahirun (orang yang terang-terangan berbuat dosa), dan termasuk bentuk mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) adalah seseorang yang berbuat dosa pada malam hari, kemudian pada pagi hari dosanya telah ditutup oleh Allah, dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan seperti ini dan ini (menceritakan dosanya)”. Allah telah menutupi dosanya di malam hari, tetapi dia membuka kembali dosa yang telah ditutup oleh Allah tersebut.
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahUllah dari sahabat Abu Hurairah radhiyAllahu 'anhu)
Rujukan:
1) Baca sini
2) Baca sino
3) Baca sinun
Berhati-hatilah. Buat maksiat itu sahaja sudah cukup memalukan. Menghebahkannya pula, lebih lagi memalukan.
KETAGIHAN
Saya tahu, ramai antara para remaja yang sangat ingin meninggalkan dosa yang telah sebati sejak usia muda. Ketagih, tetapi ingin berhenti. Bersabarlah, berusahalah sebaik mungkin. Jangan pernah berhenti bertaubat walaupun gagal berkali-kali. Sebenarnya itu semua hasutan syaitan. Kalau anda pernah 'berjaya' taubat dua hari, maka yakinlah anda mampu untuk bertaubat lebih dari itu. Dari dua hari, gandakan menjadi empat. Dari empat hari, gandakan menjadi seminggu, lalu gandakan lagi menjadi dua minggu, sebulan, lalu tinggalkanlah terus selama-lamanya. Kalau tiba-tiba selepas sebulan anda gagal, percayalah itu semua hasutan syaitan. Syaitan telah gagal selama sebulan lalu dia terus mencuba. Maka kita sebagai manusia seharusnya lebih patut untuk tidak menyerah kalah. Kalau gagal lagi, cuba lagi, lagi dan lagi.
Ketagihan ini melanda remaja seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara-negara luar pun begitu. Kadang-kadang bukannya dilakukan dengan niat. Kadang-kadang berpunca dari youtube. Sedang asyik menonton video-video just for laugh, tiba-tiba muncul pilihan video lucah yang dilabelkan sebagai funny. Saya pun tidak faham adakah benar mad sailor (baca: mat salleh) memandang lucah sebagai suatu jenaka atau video itu sengaja dikategorikan begitu supaya ia mudah sampai kepada orang awam. Hina sungguh. Paling hina, kadang-kadang ketika menonton video ceramah pun, ada pilihan video lucah dipaparkan. [Dengar sini]
CARA BERTAUBAT
Kalau dibuka kitab-kitab Feqah, banyak cara taubat yang disarankan oleh para ulama'. Saya tuliskan di sini tiga langkah asas:
1) Sedar akan keburukan maksiat
Kadang-kadang sesuatu kesalahan itu tidak lagi dirasakan salah jika kita sudah lali dengannya. "Ala, takpelah. dah biasa buat pun." Bisik syaitan penyedap hati. Jangan terpedaya. Kalau salah tetap salah.
2) Mengaku salah
Memang sudah jadi suatu kebiasaan dalam diri kita apabila melakukan kesalahan, kita cuba lari dari mengaku salah. Ketika kita melakukan maksiat kepada Allah, syaitanlah dalang yang menghasut. Tetapi itu tidak menafikan yang kita telah melakukan maksiat. Syaitan dengan perangai setannya, kita dengan kelemahan diri kita. Maka usah malu untuk mengaku salah. Mengakulah lalu bertaubatlah.
Mengaku bukan bermaksud muatnaik status facebook atau hebahkan pada satu dunia bahawa kita telah melakukan itu dan ini, tetapi cukup sekadar mengaku pada diri lalu menyesal akan kesilapan yang telah dilakukan.
3) Insaf dan berazam untuk tidak mengulanginya
Seringkali kita berazam tetapi masih gagal. Jangan berhenti bertaubat. Kalau gagal sekali, taubat lagi. Kalau gagal dua kali, taubat lagi. Kalau gagal 10 kali sekalipun, taubatlah lagi.
Kalau gagal 1000 kali? Keluar rumah, tengok matahari terbit dari mana. Kalau matahari masih lagi terbit dari timur, insyaAllah, pintu taubat masih terbuka. Teruskan bertaubat.

Kredit kepada penulis asal artikel: http://wash-kain.blogspot.com/
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon